❤我的电子书 ❤

Sunday, June 1, 2014

Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

Mutakhir ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.
Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri. Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.
Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari.
Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah merupakan langkahmenangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak takungan air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak.
Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripadamengubati.
Prakarsa seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn Bandaraya di setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu, pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah yang membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak berkenaan tidak sepatutnya memandang entengterhadap permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit.
Setiap lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat. Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan.

摘自: http://hengeejin.blogspot.com/2013/07/penyakit-demam-denggi-yang-berpunca.html?m=1

1 comment: