Pages 3

Sunday, May 13, 2012

GARIS PANDUAN UNTUK PESERTA PERHIMPUNAN AMAN BERSIH JIKA DITANGKAP ATAU DIPANGGIL POLIS

GARIS PANDUAN UNTUK PESERTA PERHIMPUNAN AMAN BERSIH JIKA DITANGKAP ATAU DIPANGGIL POLIS

A. APA ANDA PERLU BUAT JIKA ANDA DIPANGGIL UNTUK MEMBERIKAN KETERANGAN SEBAGAI SAKSI SEMASA BERSIH 3.0 ?

B. APA ANDA PERLU BUAT JIKA ANDA ADALAH SALAH SEORANG YANG DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SALAH SEORANG YANG DIHEKENDAKI OLEH POLIS?

NASIHAT KAMI ADALAH:

1. JANGAN PANIK BILA ANDA DIPANGGIL UNTUK SOAL SIASAT ATAU DIPANGGIL OLEH POLIS UNTUK BANTU SIASATAN

2. JANGAN MELAWAN POLIS YANG MENANGKAP ANDA.

3. DAPATKAN NAMA PEGAWAI, BALAI POLIS DAN NOMBOR PEGAWAI YANG MENGHUBUNGI ANDA

4. HUBUNGI PEGUAM ATAUPUN PIHAK SUARAM UNTUK MENDAPATKAN NASIHAT GUAMAN SETERUSNYA

5. TANYA SEBAB-SEBAB ANDA DITANGKAP.

6. TANYA DI BALAI MANA ANDA AKAN DIBAWA.

7. ANDA ADA HAK UNTUK BERHUBUNG DENGAN PEGUAM DAN BERITAHU POLIS ANDA HANYA AKAN BERI KETERANGAN DENGAN KEHADIRAN PEGUAM (JIKA ADA PEGUAM).

8. ANDA HANYA PERLU MEMBERI NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN DAN NO. TELEFON. NOMBOR YANG ANDA PERLU DIHUBUNGI

9. SEKIRANYA ANDA MERASA JAWAPAN ANDA BOLEH MENDEDAHKAN ANDA KEPADA APA-APA PERTUDUHAN JENAYAH, ATAU PENALTI (DI TEMPAT KERJA ATAU BELAJAR ANDA) ANDA BERHAK UNTUK BERDIAM DIRI APABILA KETERANGAN ANDA DIAMBIL DI BAWAH SEKSYEN 112 (2) KANUN ACARA JENAYAH. ANDA BOLEH BERKATA “SAYA GUNA HAK UNTUK BERDIAM DIRI DI BAWAH SEKSYEN 112(2) KANUN ACARA JENAYAH” ATAU “SAYA JAWAB DI MAHKAMAH”.
__________________________________________________
Untuk sebaranG Nasihat dan Pertanyaan sila hubungi:

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Peguam : Fadiah (03 - 7960 4537)
Tel: 03 77843525

No comments:

Post a Comment