Pages 3

Wednesday, March 6, 2013

Taju’l Muluk ( KOMSAS ) Tingkatan 1



SINOPSIS

Taju’l Muluk meminta kebenaran daripada
ayahandanya untuk mencari bunga bakawali bagi
mengubati mata ayahandanya yang buta
Namun, Taju’l Muluk perlu menyelamatkan abang-
abangnya terlebih dahulu yang telah terperangkap
akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh
Hati
Taju’l Muluk telah berjaya memperdayakan
seorang perempuan tua yang tinggal di mahligai
Puteri Jenuh Hati dengan mendapatkan rahsia
kehebatan Puteri Jenuh Hati dalam bermain catur
Lalu, Taju’l Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh
Hati untuk bermain catur dan Taju’l Muluk telah
memenangi permainan catur tersebut

Taju’l Muluk telah berjaya menyelamatkan
keempat-empat orang abangnya

Kemudian, Taju’l Muluk meneruskan 
pengembaraan untuk mencari bunga bakawali
dan telah mengalami pelbagai rintangan dan
penderitaan semasa menuju ke sempadan negeri
Bakawali
Di dalam hutan Taju’l Muluk telah berjumpa
dengan raksasa yang simpati dengannya dan
mengambil beliau sebagai anaknya

Taju’l Muluk berusaha untuk mengambil hati
raksasa tersebut dengan memasak makanan yang
sedap dan meminta raksasa menolongnya melihat
Taman Bakawali

Raksasa membantu Taju’l Muluk dengan menyuruh
jin utusannya menghantar Taju’l Muluk untuk
berjumpa dengan Dewi Hamalah

Dewi Hamalah telah mengahwinkan Taju’l Muluk
dengan Puteri Mahmudah

TEMA
Pengembaraan seorang putera
raja untuk mencari penawar bagi
menyembuhkan penyakit ayahandanya

PERSOALAN
Kebijaksanaan seorang putera raja
Tanggungjawab seorang anak terhadap
keluarganya
Keberanian dalam menghadapi segala
cabaran
Sanggup berkorban untuk menyelamatkan
saudaranya
Perbuatan yang baik akan dibalas dengan
kebaikan

WATAK & PERWATAKAN
Taju’l Muluk
• Anak raja negeri Syarqastan
• Anak bongsu daripada lima orang
adik-beradik
• Seorang putera raja yang bijaksana
• Seorang putera raja yang berani

Puteri Jenuh Hati

• Seorang puteri yang bijak dengan tipu
muslihatnya dalam bermain catur

• Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Taju’l
Muluk dalam permainan catur dan
terpaksa berkhidmat kepada Taju’l Muluk

Perempuan Tua

• Bersimpati kepada Taju’l Muluk

• Seorang yang amat kaya

• Sangat sayangkan Taju’l Muluk

• Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati
kepada Taju’l Muluk

Raksasa 1

• Mempunyai tubuh badan yang besar

• Jadikan Taju’l Muluk sebagai anak
angkat

• Sangat sayangkan Taju’l Muluk

• Suka makan makanan yang dimasak
oleh Taju’l Muluk

Dewi Hamalah

• Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2

• Raksasa yang memerintah dua belas
ribu raksasa penjaga Taman Bakawali

• Menculik Puteri Mahmudah

• Mengahwinkan Taju’l Muluk dengan
Puteri Mahmudah

NILAI
Berani - Taju’l Muluk berani menempuh
hutan untuk mendapatkan bunga bakawali
Kasih sayang - Taju’l Muluk berusaha
mencari bunga bakawali untuk mengubati
mata ayahandanya
Baik hati - Taju’l Muluk memaafkan Puteri
Jenuh Hati yang telah insaf
Ketabahan - Taju’l Muluk tabah menghadapi
semua cabaran semasa mengembara untuk
mencari bunga Bakawali

PENGAJARAN
Kita perlu menggunakan akal sebelum
melakukan sesuatu kerja

Janganlah kita suka memperdayakan orang

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap
keluarga yang dalam kesusahan

Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada setiap insan

No comments:

Post a Comment