Pages 3

Friday, March 14, 2014

Sinopsis Novel Papa ....(akhirnya kau tewas jua !)(novel sastera remaja yang menjadi buku teks Komsas tingkatan empat di Malaysia mulai 2010)

Sinopsis Novel Papa ....(akhirnya kau tewas jua !)
SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 1

Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul karipap sahaja dan meninggalkan baki yang lain untuk papa dan mama Julia.
Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan mak cik kesayangannya itu. Di luar, papa Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka. Intan Maliana, mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna merah sambil bercakap kepada suami tercinta.
Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang ditanam oleh mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya, masakan mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya.
Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung yang ditanamnya perlu menunggu selama dua atau tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung separa matang sedap dibuat bubur jagung yang merupakan makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa dia hanya suka bubur jagung masakan kekasih hatinya sahaja. Mama mula merajuk seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang disediakan oleh Mak Cik Noraini.
Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana begitu dikagumi oleh puteri tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni dan bahagia tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyayangi. Kadang kala Julia berasa segan apabila papa dan mama tanpa segan silu memperlihatkan belaian kasih saying antar mereka di hadapan Julia kerana bagi Julia, dia sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.

BAB 2

Julia terpaksa pulang sendiri dari sekolah kerana mama kurang sihat. Papa membawa mama ke klinik. Petang itu, rumah kediaman mereka hanya dihuni oleh Julia dan Mak Cik Noraini. Ibu sepupu kesayangan Julia mula menceritakan kisah pertemuan papa dan mama. Julia terkenang akan peristiwa jari mama terhiris pisau. Muka mama pucat lesi kerana takut akan darah.
Lamunan Julia terhenti apabila Mak Cik Noraini menegurnya. Menurut Mak Cik Noraini, papa merupakan seorang guru Sains Pertanian dan sentiasa menasihati pelajarnya agar berbudi kepada tanah. Mama pula sering meminta buah daripada papa.
Bunyi dan honkereta papa kedengaran di pintu hadapan. Julia segera menyambut kepulangan mereka. Julia memeluk mama erat dan tidak sabar untuk mengetahui keadaan mama. Papa mengejutkan Julia dengan berita bahawa mama mengandung. Julia amat gembira dengan berita tersebut. Namun, tidak bagi Mak Cik Noraini. Dia berasa amat bimbang mendengar berita mama mengandung kerana mama pernah mengalami kompilasi sewaktu melahirkan Julia dahulu. Mak Cik Noraini khuatir akan keselamatan Intan Maliana dan bakal zuriatnya . Bagi mama pula, dia telah bersedia menghadapi apa jua dugaan yang bakal ditempuhnya.

BAB 3

Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini mengingatkan peristiwa semasa mama melahirkan Julia. Mama koma akibat kehilangan banyak darah. Selepas Julia dilahirkan juga, Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi.
Namun, kata mama seorang isteri perlu melakukan pengorbanan demi membahagiakan seorang suami. Oleh sebab papa menginginkan anak lagi, mama sanggup menggadaikan nyawanya. Yang pasti, mama akan menjaga kandungannya dan tidak akan menggugurkan kandungan itu walaupun dirinya menghadapi risiko.
Papa pulang tidak berapa lama selepas itu. Julia mengajak papanya bermain tenis di Kelana Jaya. Pada mulanya, papa enggan tetapi akhirnya bersetuju kerana tidak mahu membabitkan mama yang sedang mengandung.
Papa merupakan seorang pemain tenis yang handal. Lantaran itu, banyak orang, terutamanya anak gadis, tergila-gilakannya. Ketika Julia mengimbas kembali sesuatu peristiwa, secara tidak sengaja bola tenis yang dibaling oleh papa terkena muka Julia. Semasa papa sedang sibuk menuam muka Julia, salah seorang daripada pelajar papa, Aisyah, menegur papa.
Selepas bermain tenis, papa mengajak Aisyah minum di kantin. Namun, Julia tidak berasa selesa dengan kehadiran Aisyah lalu mengajak papa pulang. Julia bertanyakan pendapat papa tentang Aisyah. Papa hanya menganggap Aisyah sebagai penuntutnya dan tidak lebih daripada itu.

BAB 4

Selepas waktu sekolah, mama merungut kerana lama menunggu Julia. Julia menerangkan bahawa beberapa rakan sekelasnya ingin meminjam nota Geografinya. Mama memberitahu Julia bahawa dia terpaksa menghantar Cikgu Suzie ke bengkel kereta di Seksyen 14 untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki.
Dalam perjalanan, Cikgu Suzie bertanya tentang hasrat mama untuk mengandung lagi. Cikgu Suzie mengungkkit kisah silam mama yang koma selepas melahirkan Julia. Julia yang tidak cukup bulan pula menghidap Jaundis. Cikgu Suzie khuatir perkara yang sama akan berlaku kepada kandungannya kali ini.
Namun, mama tetap berkeras untuk tidak menggugurkan kandungannya. Bagi mama, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membahagiakan papa, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Julia amat terharu dengan sikap mamanya yang tabah dan sanggup berkorban.

BAB 5

Kandungan mama kian hari kian membesar. Menurut papa, mama bakal melahirkan anak kembar dalam masa empat bulan lagi. Julia berasa sungguh gembira kerana akan menerima kehadiran adik-adiknya.
Semasa sedang duduk di ruang tamu, mama menyuarakan perasaannya kepada papa tentang kerisauannya mengenai apa yang akan berlaku. Papa mengatakan bahawa sekiranya kejadian lama berulang lagi, dia telah bersedia untuk menghadapinya.
Papa menasihati mama agar sentiasa menurut arahan doktor dan mengambil ubatan tepat pada masanya. Papa juga bertanya kepada mama sama ada dia menyesal ataskeputusannya untuk mengandung itu. Papa khuatir dengan kompilasi yang bakal dialami mama.
Di dapur, Julia bertanyakan keadaan mama ketika melahirkannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menceritakan segalanya dan memberitahu bahawa dialah yang banyak menjaga Julia sejak kecil.

BAB 6

Di kolej tempat papa mengajar itu, terdapat seorang daripada pelajarnya, Aisyah, sering berjumpa dengan papa untuk bertanya tentang pelajarannya. Aisyah amat meminati pengajaran papa. Kadang kala, papa akan menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya di Seksyen 7, Kelana Jaya. Aisyah sering mempelawa papa minum di warung yang berhampiran kolej. Namun, sebagai seorang suami yang setia, papa tidak memenuhi pelawaan Aisyah itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara dia, mama dan Intan Julia.
Bagi Julia, Aisyah seorang yang jelita. Badannya lebih besar dan lebih berisi daripada mama dan Julia. Daripada papa, Julia mengetahui bahawa Aisyah akan tamat pengajiannya pada tahun itu. Sebagai anak gadis kepada seorang hartawan yang kaya, kehidupan Aisyah terjamin mewah dan selesa dengan harta ayahnya yang menggunung. Oleh itu, pencapaian akademiknya bukan penentu masa hadapannya.
Pernah Julia menduga papa kalau-kalau papa berminat untuk menjadikan Aisyah sebagai kekasihnya dan seterusnya isteri keduanya. Namun papa memberitahu Julia bahawa dia tidak berminat untuk menjalin hubungan erat dengan Aisyah. Kasihnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan tidak ingin melihat mama berkongsi kasihnya dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi, mama tidak mengizinkan papa memadukannya.

BAB 7

Papa telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk anak kembar lelakinya. Tindakan papa itu ditegur oleh sepupunya, Mak Cik Noraini kerana menurut kepercayaannya, tidak elok membeli barangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Papa memarahi MAk Cik Noraini kerana terlalu mempercayai perkara karut-marut. Bagi papa segalanya terpulang kepada takdir.
Pada pukul 4 pagi, semua orang dikejutkan oleh papa kerana sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Julia membantu papa memapah mama menuruni anak tangga. Mama menahan kesakitan. Matanya terbeliak, mulutnya terkumat-kamit dan dahinya berpeluh. Mama mengeluh beberapa kali menyatakan kesakitannya.
Selepas masuk ke dalam kereta, Julia ciba mententeramkan mama. Papa masuk ke dalam rumah untuk menyalin pakaian sebelum ke hospital. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk menerima rawatan. Bagi papa, kelengkapan di hospital kerajaan lebih baik berbanding kelengkapan di hospital swasta.
Apabila sampai di hospital, beberapa pembantu hospital segera menolak stretcher untuk membawa mama. Semasa mama ditolak menuju ke bilik pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Mama juga memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya.

BAB 8

Mama telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini menunggu di luar bilik pembedahan dengan penuh keresahan. Tidak lama kemudian, papa didatangi olehseorang doktor dan papa diminta menandatangani surat kebenaran untuk menjalankan pembedahan ke atas mama kerana terdapat komplikasi terhadap kandungan kembar mama.
Selepas tiga jam berlalu, doktor tersebut memberitahu papa bahawa zuriatnya merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan. Menurut doktor, mama kehilangan darah yang banyak. Mama Berjaya diselamatkan namun koma. Papa mengisi boring permohonan untuk membawa mayat kedua-dua anak lelakinya pulang untuk disemadikan.
Banyak orang mengunjungi rumah papa dan memberi dorongan kepada papa supaya tabah menghadapi cabaran.

BAB 9

Kini tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Papa sempat mencium pipi Julia sebelum meninggalkannya. Ketika di dalam kelas, Julia disapa oleh seoarang pelajar baru bernama Rasylan . Rasylan mengatakan bahawa Julia begitu bertuah memiliki seorang bapa yang prihatin. Julia menangis apabila teringat akan mama. Rasylan , tanpa mengetahui sebab Julia menangis, meminta maaf sekiranya dialah yang menyinggung perasaan Julia.
Selepas tamat mengajar, Cikgu Suziyah memberitahu Julia tentang hasratnya untuk melawat mama selepas waktu sekolah. Beliau turut mempelawa Julia agar pergi bersama-samanya. Julia menyatakan bahawa dia akan pergi hospital bersama-sama papa dan mencadangkan Cikgu Suziyah mengikuti kereta ppapa daripada belakang.
Selepas rehat, Julia dan rakan-rakannya ketiadaan guru sejarah. Ketika itulah , Rasylan menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Julia di perpustakaan selepas waktu persekolahan. Namun, Julia terpaksa menolak.

BAB 10

Apabila sampai di hospital, papa, Julia, dan Cikgu Suziyah berjalan menuju ke wad ICU. Sebelum memasuki wad tersebut, mereka terpaksa menyalin pakaian untuk memastikan kebersihan. Papa sempat menyatakan hasratnya untuk melihat mama cepat sembuh. Julia amat terharu mendengar kata-kata papa itu.
Ketika Julia menelaah buku di dalam bilik bacaannya, dia melihat foto papa, mama dan dirinya. Pelbagai kenangan manis timbul tenggelam dalam fikirannya. Dia melihat gambar papa dan mama ketika berkahwin, gambar Julia ketika dia dilahirkan, dan gambar semasa menyambut hari jadi Julia yang pertama.
Kemudian Julia mengambil sepucuk surat yang ditulis oleh papa kepada mama lalu membaca kandungannya. Dalam surat tersebut, papa meluahkan perasaan cinta dan kasihnya terhadap mama. Papa berterima kasih terhadap mama atas nasihat dan dorongannya. Papa bersyukur kepada tuhan kerana memilik seorang isteri yang baik seperti mama.
Mak Cik Noraini mengajak Julia makan bersama-samanya. Bagi Julia , Mak Cik Noraini umpama ibu keduanya kerana dialah yang telah menjaga Julia sejak kecil. Namun dia telah kehilangan suami dan anak-anaknya tujuh belas tahun dahulu. Mereka telah terlibat dalam suatu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bidor. Hanya Mak Cik Noraini yang terselamat. Sebagai pertolongan, papa mengajak Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya. Mak Cik Noraini yang mulanya sentiasa menangis diberikan tanggungjawab untuk menjaga Julia. Sejak itu, dia memikul tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

BAB 11

Keadaan mama masih juga sama seperti dahulu. Pada suatu petang, sekembalinya Julia daripada menduduki kertas Matematik untuk peperiksaan SPMnya, dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi. Dia tidak sampai hati melihat papa hidup sendirian dan tidak seceria dahulu.
Namun, papa mengatakan bahawa dia sanggup menanti mama pulih dan sukar baginya mencari pengganti mama. Lebih-lebih lagi, dia perlu menjaga perasaan Julia. Papa bertanyakan Julia tentang peperiksaannya pada hari itu. Menurut Julia, dia dapat menjawab soalansoalan tersebut dengan baik dan yakin. Julia meminta izin daripada papa untuk ke rumah Rasylan pada keesokan harinya.
Pada pandangan papa, Julia sepatutnya memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu sebelum pergi ke rumahnya. Sebagai seorang perempuan, Julia harus menjaga maruahnya dengan baik. Papa menyedarkan Julia tentang kepentingan untuk membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sebarang tindakan.

BAB 12

Pada keesokan hari, sekembalinya Julia dari sekolah, dia mendapati bahawa sebuah ambulans berada di hadapan rumahnya. Mama telah dihantar pulang dan ditempatkan di sebuah bilik yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Julia berasa gembira kerana dapat berdampingan dengan mama lagi.
Petang itu, Julia telah mengikuti Kak Aisyah bermain tenis di Kelab Kelana Jaya. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk pergi kerana dia mahu meluangkan masa dengan mama. Namun, papa menggesanya kerana dia telah berjanji dengan Aisyah.
Ketika dalam perjalanan, Kak Aisyah bertanya sama ada Julia ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Julia menyatakan bahwa dia berminat namun terpaksa menangguhkan hasratnya dan menjaga mama. Kak Aisyah menasihati Julia supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana itulah tanggungjawab utama Julia.
Selepas bermain tenis, Kak Aisyah membawa Julia pulang ke rumah banglonya dan memperkenalkan Julia kepada ibu bapanya. Julia sempat berbual-bual dengan ibu Kak Aisyah yang bertanyakan keadaan mama. Julia menyatakan bahwa mama sudah dibenarkan untuk dibawa pulang. Dia akan menjaga mama sementara menunggu keputusan SPMnya.

BAB 13

Sudah hampir lapan bulan mama koma. Keputusan SPM Julia bakal diumumkan tidak lama lagi. Papa tetap mencurahkan kasih sayng yang tidak berbelah bahagi kepada mama dan berjanji akan sentiasa menemani mama sehingga ke saat-saat mama sedar. Julia memperkenalkan Rasylan kepada papa. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal di klang bersama-sama Datuk Mustakim yang merupakan bapa angkatnya. Sebelum dijadikan anak yatim oleh Datuk Mustakim, dia tinggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Papa sebenarnya kenal benar dengan Datuk Mustakim. Menurut papa, semasa Julia berumur empat tahun, kereta yang dipandu oleh Datuk Mustakim telah melanggar ibu bapanya. Kemalangan itu menyebabkan bapanya meninggal dunia manakala ibu papa menjadi lumpuh. Datuk Mustakim tidak menghentikan keretanya selepas melanggar ibu bapa papa, mungkin kerana takut dibelasah penduduk kampung. Selepas kejadian tersebut, Datuk Mustakim sentiasa menghantar wang pampasan demi membiayai kesemua kos rawatan ibu papa. Namun, ibu papa meninggal dunia.
Rasylan bersedia untuk mengaturkan pertemuan papa dengan bapa angkatnya. Namun begitu, papa menolak, mungkin kerana masih marah terhadap perbuatan Datuk Mustakim yang meragut nyawa kedua ibu bapanya.

BAB 14

Hubungan Julia dengan Rasylan bertambah intim dan mesra. Nyatalah Julia menaruh hati kepada Rasylan. Setelah pulang ke rumah, Julia ditegur oleh papa kerana buat lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa itu amat mengejutkan dan mengecewakan Julia. Julia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu.
Petang itu, Julia bertanya kepada papa sebab-sebab papa tidak merestui hubungan Julia dengan Rasylan. Menurut papa, latarbelakang Rasylan tidak begitu jelas. Tambahan pula, ibu bapa angkat Rasylan tidak memperlihatkan cirri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia, Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja pandai dan bijak, malah, dia memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Namun begitu, sebagai seorang anak yang patuh, dia berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.

BAB 15

Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan Rasylan Berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Papa berasa amat gembira dngan keputusan Julia yang begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia mempelawa Rasylan untuk meraikan kejayaan itu bersama-sama. Di Starbucks Coffee, Julia terserempak papa bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza bersama-sama dengan mesranya. Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang selesa.
Sekembalinya ke rumah, Julia disambut papa dengan mesra. Papa sempat bertanyakan rancangan Julia selepas itu. Julia memberitahu papa bahawa dia ingin melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Bagi Julia, UIA menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong kepada pembentukan insan mulia.

BAB 16

Permohonan Julia untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan. Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama. Julia melihat papa sedang berbual-bual dengan mama. Papa sedang memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk menyambung pelajarannya di matrikulasi UIA. Papa akan berasa kehilangan tanpa Julia di sisinya. Dia turut menyuarakan harapannya agar mama cepat sembuh.
Papa menghantar Julia ke UIA untuk sesi pendaftaran. Julia ditempatkan di Asrama Khadijah. Rasylan turutditerima masuk ke universiti yang sama dan ditempatkan di Asrama Usman bin Affan. Selepas pendaftaran, Julia dan Rasylan bertemu. Rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan mesra Julia dengan papa. Dia sendiri tidak menikmati hubungan semesra itu bersama=sama ibu bapa angkatnya. Belakangan ini, hubungan mereka agak renggang. Mereka tidak menemani Rasylan pada hari pendaftaran kerana pergi ke Kuala Kangsar. Rasylan kecewa dengan sikap mereka.
Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan pergi ke kedai buku MPH di Mid Valley. Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee untuk menikmati kopi dan muffin kegemaran Julia. Buat kali keduanya, Julia terserempak papa dan Aisyah yang begitu mesra berbual-bual.

BAB 17

Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Aisyah begitu merunsingkan Julia. Dia ingin bertanya kepada papa mengenai hubungan mereka pada hari Sabtu nanti. Pada petang sabtu, Julia pulang ke rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada papa dan dimaklumkan bahawa mama masih koma.
Ketika berada dalam bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa dengan Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan papa memerlukan teman untuk berkongsi perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa sangkaannya tidak benar. Pada keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi UIA. Papa turut memberikan wang saku yang banyak kepada Julia memandangkan Julia tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu.
Pada hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan tugasannya. Namun begitu, selepas memikirkankalau-kalau papa membawa berita penting tentang mama. Setelah diberitahu bahawa keadaan mama masih sama, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah menyinggung perasaan papa dengan melemparkan soalan yang tidak patut ditanya. Julia sempat memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu.
Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W yang terletak di Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia tentang Encik Muaz yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk menjalankan pemeriksaan DNA. Julia masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa memandangkan papa tidak merestui hubungan mereka.
Ketika mereka tiba di pusat beli belah tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati papa sedang berbual-bual dengan Aisyah. Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan mereka berdua. Kemudian, Julia menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya disedari oleh papa.

BAB 18

Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini menyatakan dia menyokong penuh keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika masuk ke rumah, papa yang sedang membaca majalah menyambut kedatangan Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan niat papa untuk berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup. Dia juga memberitahu papa bahawa dia telah terserempak papa dengan Aisyah sebanyak tiga kali. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi seorang suami yang tidak setia kepada isterinya. Julia menganggap papa sebagai pengkhianat dan seorang suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar membuatkan papa marah sehingga bertindak menampar Julia. Julia berasa terkejut dan sedih kerana papa tidak pernah melayannya sedemikian.
Pada keesokan harinya, Julia pulang ke kampus. Pelawaan papa untuk bersarapan bersama ditolak Julia. Ekspresi wajah papa jelas memperlihatkan kekesalannya.

BAB 19

Rasylan menasihati Julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa seperti insan yang lain, ingin mempunyai teman berkongsi pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap dengan pendiriannya kerana dia tidak sanggup berkongsi papa dengan perempuan lagi selain mamanya.Kemudian, Julia bertanya Rasylan sama ada dia telah menjalani pemeriksaan DNA. Rasylan memberitahu bahawa keputusan pemeriksaan itu adalah positif. Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.
Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan yang pada ketika itu sedang berbual-bual dengan Encik Muaz memberitahu Julia bahawa papanya sedang menunggu di luar kampus. Papa mempelawa Julia minum bersamanya kerana ingin membincangkan sesuatu dengan Julia. Di Coffee House, Hotel Paya Serai, papa menerangkan situasi yang sedang dihadapinya. Dia berasa sunyi sejak mama koma. Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan teman untuk berkongsi pengalaman hidup. Kesihatan papa juga kian merosot. Namun begitu, Julia mendakwa bahawa papalah punca mama jatuh sakit. Dakwaan Julia itu mengejutkan papa.
Papa tetap bersabar dengan karenah Julia dan memberitahu Julia bahawa dia tetap bersabar sekian lama kerana terhutang budi kepada mama. Penjelasan papa benar-benar membimbangkan Julia. Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia merestui keinginan papanya berkahwin lagi.

BAB 20

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.
Emosi Rasylan itu telah membuatkan Julia terfikir akan keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin lagi. Namun dia khuatir kasih sayang papa terhadapnya akan berkurangan. Julia benar-benar berharap mama cepat sembuh supaya keluarga tersebut kembali bahagia.
Hari itu, Julia terpaksa akur dengan pelawaan papa untuk minum di luar. Papa hendak memperkenalkan kak Aisyah kepada Julia. Papa meminta agar memanggil Kak Aisyah “mak cik” . Julia sudah lama berkenalan dengan Aisyah dan pertemuan itu sebenarnya bukan pertemuan yang pertama.
Pada hujung minggu itu, papa meminta agar Julia hadir ke upacara pernikahannya. Namun begitu, Julia enggan dan member alas an bahawa dia ingin menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia menangis, papa bertindak mahu membatalkan upacara pernikahan itu namun dihalang Julia.

BAB 21

Julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar ke hospital. Ketika terlantar di hospital, Julia bermimpi didatangi seorang lelaki bernama Jeffri yang mirip papa. Jeffri memujuk Julia supaya merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi kerana itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa. Walau bagaimanapun, Julia tetap berat hati untuk menerimanya. Ketika Julia sedar, papa dan Mak Cik Aisyah sedang memandangnya sambil melemparan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik ubat ke dalam badan Julia. Selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.

BAB 22

Tiga hari, Julia terlantar di hospital. Pada hari yang ketiga, Julia didatangi Doktor Razif. Beliau cuba bertanyakan sebab-sebab Julia jatuh sakit. Beliau menyatakan bahawa Julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga menjejaskan kesihatannya. Julia enggan memberiathu masalahnya. Doktor menasihati Julia agar tabah menghadapi dugaan hidup. Papa dan Mak Cik Aisyah menjemput Julia pulang. Mak Cik Aisyah meminta Julia agar mengemaskan rambutnya. Julia yang pada mulanya tidak mengendahkan arahan Mak Cik Aisyah akhirnya akur. Dia mengemaskan rambutnya dan mengenakan gincu pada bibirnya.
Cuti pertangahan semester telah tamat dan Julia akan pulang ke kampus. Sebelum dia melangkah turun dari kereta, Julia bertanya kepada papa tentang bilakan mama akan sedar daripada koma. Julia akan menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menentukan sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus induk UIA di Gombak atau tidak. Dia dan Rasylan berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu.
Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar, mereka diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan minda. Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley. Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumahnya. Dia yakin bahawa dia akan memperoleh keputusan yang baik.
Semasa duduk di ruang tamu, Julia bertanya kepada papa tentang perancangan bulan madu mereka. Papa tidak mengendahkan pertanyaan Julia dan bertanya tentang peperiksaan yang diduduki Julia. Julia memberitahu bahawa keputusannya akan diumumkan dua minggu sebelum akhir tahun.
Ketika Julia melepasi bilik bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara papa dengan ibu tirinya. Papa menegur perbuatan Mak Cik Aisyah yang memasuki bilik mama kerana baginya mama merupakan orang paling penting dalam hidupnya. Daripada perbualan mereka, Julia dapat tahu bahawa Mak Cik Aisyah mengandung. Perbuatan Julia mencuri dengar perbualan papa dan ibu tirinya ditegur Mak Cik Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan perbualan papa dengan Mak Cik Aisyah kepada Mak Cik Noraini. Julia menyatakan bahawa terdapat kemungkinan Mak Cik Aisyah ingin meracuninya. Mak Cik Noraini terdengar dakwaan Julia dan berasa amat sedih. Julia meminta maaf kerana terlanjur kata. Dia juga menyatakan keikhlasannya untuk menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu tiri. Mak Cik Aisyah berterima kasih atas kesudian Julia untuk menerimanya dan berjanji akan menjaga papa dan Julia dengan baik.

BAB 23

Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim. Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua di dalam kampus, kemunculan Rasylan menarik perhatian sesetengah warga kampus. Kadang kala, Julia berasa kurang selesa dipandang orang begitu sahaja. Dia menyuarakan ketidakselesaannya buat pengetahuan Rasylan. Namun di luar dugaannya, perkara itu menimbulkan rungutan dan perasaan cemburu dalam diri Rasylan. Rasylan pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi seorang senior yang kacak. Julia pula mengungkit kenyataan bahawa Rasylan sentiasa didampingi pelajar-pelajar perempuan, tidak kira senior atau junior. Namun, dia tidak pernah memarahi Rasylan tentang itu. Pertengkaran mereka terhenti apabila pelajar perempuan senior member salam kepada mereka. Rasylan menjawab salam mereka dengan cepat. Bagi Julia, tiada guna untuk dia cemburu kerana baginya, Rasylan mempunyai kebebasan untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Dalam perjalanan pulang, Julia bertanya kepada Rasylan sama ada Datuk Mustakim mengetahui tawaran Encik Muaz. Oleh sebab Rasylan mengendahnkan pertanyaannya, dia bertanya pula sama ada Rasylan menerima tawaran Encik Muaz. Menurut Rasylan, dia tidak menerimanya kerana baginya, Encik Muaz seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia kecewa Encik Mustakim dan ibunya sanggup meninggalkan Rasylan begitu sahaja. Sebaliknya, dia cukup berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana mengambilnya sebagai anak angkat. Nasihat Julia supaya Rasylan menerima encik Muaz diendahkan oleh Rasylan.
Julia menyatakan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan walau apa keputusan yang Rasylan pilih. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh Julia itu masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Namun, Julia tetap menegaskan bahawa dia akan berpegang teguh pada janjinya.

BAB 24

Apabila Julia samapi di rumah , suasana rumahnya kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah telah pergi ke rumah Mak Cik Aisyah di Singapore. Julia berasa gembira menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama lagi. Papa kini semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.
Semasa duduk-duduk di ruang tamu, Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia. Julia menceritakan masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Julia bertanyakan sama ada ibu tirinya pernah menghadapi masalah seperti itu. Mak Cik Aisyah menyatakan bahawa papalah orang yang dicintainya di universiti. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar menghadapi karenah teman lelakinya kerana perasaan cemburu merupakan perkara biasa dalam hubungan.
Perbualan mereka terhenti apabila papa memberitahu bahawa Rasylan menelefon Julia. Julia yang pada mulanya enggan menjawab panggilan tersebut dinasihati papa supaya menyelesaikan masalah antara mereka secepat mungkin. Rasylan mengajak Julia keluar tetapi Julia menolak.
Selesai sembahyang maghrib, Julia dan pap ke bilik mama. Tanpa disangka, mama membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya dan mulutnya kelihatan terkumat-kamit seolah-olah cuba mengucapkan sesuatu. Papa dan Julia berasa gembira dengan perkembangan mama. Namun, kemunculan Aisyah menghairankan mama. Papa memperkenalkan Aisyah kepada mama dan menerangkan bahawa dia merupakan isteri keduanya.
Mama sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dalam tangisannya, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Papa tidak dapt menahan air matanya atas pemergian mama. Bagi Julia, papa betul-betul telah tewas akibat kehilangan isteri kesayangan.


No comments:

Post a Comment