Pages 3

Wednesday, April 30, 2014

7 Langkah Mudah untuk Tuntutan Pelepasan Cukai


7 Langkah Mudah untuk Tuntutan Pelepasan Cukai

30 April adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan anda.  Anda boleh memilih sama ada memfailkan cukai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memilih menggunakan kemudahan e-filing. Sebagai pembayar cukai, anda biasanya mempunyai beberapa soalan di minda: "Apakah cara yang paling mudah untuk menuntut pelepasan cukai"? . Berikut adalah 7 langkah mudah untuk menuntut pelepasan cukai apabila memfailkan cukai pendapatan anda.

1. Memaksimumkan potongan untuk buku, insurans dan komputer
Dalam usaha menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan membenarkan anda  menuntut pelepasan cukai sehingga RM1,000 ke atas pembelian buku dan majalah.  Ini termasuk buku-buku elektronik yang dibeli dari Amazon.com atau Applestore Apple Inc 's. Ingat! simpan resit pembelian buku anda.
Jika potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahunan anda tidak mencapai RM6, 000, anda boleh menambah jumlah KWSP dengan jumlah bayaran insurans anda. Potongan KWSP tahunan anda (ditambah dengan bayaran insurans) adalah dikecualikan cukai sehingga RM6, 000.

Anda juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas pembelian komputer baru.  Ramai yang tidak tahu bahawa komputer riba, Notebook dan Ultrabook dianggap komputer peribadi dan layak mendapat pelepasan cukai. Walau bagaimanapun, anda hanya dibenarkan untuk menuntut pengecualian ini setiap tiga tahun sekali. Bagi pemilik iPad atau tablet, rugilah kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak tidak lagi menganggap tablet dan telefon pintar seperti komputer peribadi. Klik di sini untuk melihat pengumuman rasmi mengenai perkara ini.

2.  Anak melayakkan anda mendapat pelepasan RM 1,000.
Sekiranya anda mempunyai anak, anda berhak mendapat pelepasan sebanyak RM 1,000 bagi setiap orang anak.

3. Pembelian peralatan sukan
Anda dibenarkan untuk menfailkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sukan  maksimum sebanyak RM300 seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.  Pastikan anda menyimpan resit sebagai dokumen sokongan.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa keahlian pusat kecergasan  dan caj sesi latihan peribadi tidak layak mendapat pelepasan cukai kerana ia tidak dikategorikan sebagai peralatan sukan.

4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin.
Jika anda dan pasangan mempunyai pendapatan masing-masing, pertimbangkan untuk memfailkan cukai anda secara berasingan. Langkah ini dapat mengurangkan kesan terhadap kadar cukai.

5. Pembantu Rumah bagi penjagaan khas terhadap ibu bapa anda.
Pembayar cukai juga boleh menuntut potongan cukai sehingga RM5,000 (di bawah perbelanjaan perubatan) bagi pengambilan pembantu rumah untuk ibu bapa anda yang memerlukan penjagaan khas. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bahawa ibu bapa anda memerlukan penjagaan khas.

6. Jimat elaun petrol anda bagi perjalanan ke atas tugas rasmi
Bagi pekerja yang diberi elaun petrol untuk perjalanan yang dibuat ke atas tugas rasmi, anda boleh menuntut pengecualian cukai sehingga RM6, 000 setahun.  Amalkan perancangan  lebih awal dengan merekodkan perjalanan anda setiap hari dan tujuan perjalanan. Selagi perjalanan anda adalah berkaitan urusan rasmi, anda boleh membuat tuntutan dengan syarat ia tertakluk kepada elaun petrol had tahunan anda.

7.  Isytiharkan pendapatan sewa anda dan sentiasa menyimpan rekod dengan betul
Jika anda memiliki harta yang  disewakan, anda perlu mengisytiharkan pendapatan sewa tersebut. Anda akan menghadapi risiko besar jika tidak mengisytiharkan pendapatan. Contoh, sekiranya rumah anda disewakan kepada ekspatriat. Ekspatriat biasanya akan membuat tuntutan terhadap syarikat mereka dan syarikat adalah tertakluk kepada pengaudit cukai.

Akhir sekali, anda perlu jujur dan menghormati undang-undang semasa memfailkan cukai tahunan anda. Sentiasa tingkatkan pengetahuan anda terhadap maklumat pengecualian cukai seperti syarat dan kelayakan pengecualian cukai. Ingat! Simpan dan dokumenkan segala perbelanjaan anda secara terancang. Ia akan memudahkan anda untuk memfailkan cukai anda pada masa akan datang.

Artikel perancangan kewangan dan pelaburan ini merupakan salah satu usaha berterusan SIDC dalam melahirkan pelabur yang arif dan berpengetahuan dalam pasaran modal. Selain itu, SIDC turut meningkatkan tahap kesedaran mengenai pelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminar dan bengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita dan pekerja kolar putih dan biru.  Untuk maklumat lanjut, layari www.min.com.my, hubungi 03-62048889 atau lawati Facebook kami di www.facebook.com/BMWSIDC.

No comments:

Post a Comment