Pages 3

Wednesday, April 16, 2014

PROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAT

PROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAT

SINOPSIS

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DUA GELIGA HIKMAT

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Tema
Pengembaraan seorang anak raja untuk mencari sesuatu
Inderaputera sedang mengembara dan menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat. Inderaputera menggunakan akal dan kekuatan yang ada padanya  untuk menewaskan musuh yang berupa haiwan yang menjaga istana tuan puteri yang memiliki geliga hikmat

Persoalan
Persoalan berani menghadapi cabaran/ musuh
Inderaputera seorang yang berani kerana berjaya menewaskan gajah, harimau, badak, naga, geruda dan raksasa sebelum memasuki mahligai tuan puteri
Persoalan kebijaksanaan bagi mencapai hasrat
Inderaputera berpura-pura tidur apabila raksasa ingin menindihnya dan pada masa yang sama bingkas bangun lalu mencengkam rambut raksasa
Persoalan berpegang pada janji
Raksasa/ peri menunaikan janji kepada Inderaputera untuk memberikan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Persoalan keistimewaan/
kelebihan  anak raja
Inderaputera digambarkan seorang anak raja yang memiliki kepahlawanan kerana berjaya menewaskan raksana/peri dan haiwan yang menjaga mahligai puteri

Nilai

Keberanian
Inderaputera berani berhadapan dengan raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat
Kebijasanaan
Inderaputera menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri
Menepati janji
Tuan puteri menyerahkan gemala hikmat seperti yang dijanjikan kepada Inderaputera
Baik hati
Peri mencadangkan supaya Inderaputera bersembunyi ketika tuan puteri sedang mandi ditasik


Pengajaran
Kita hendaklah berani ketika berhadapan dengan situasi yang sukar supaya matlamat tercapai
Inderaputera berani berhadapan dengan gajah, harimau, badak, naga, raksasa yang menjaga mahligai tuan puteri kerana ingin memasuki mahligai tersebut
Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar
Inderaputera mengambil serta menyorok baju tuan puteri agar dapat bertemu dengan tuan puteri
Kita hendaklah berpegang pada janji
Peri menyerahkan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Kita hendaklah melayan tetamu dengan baik
Peri melayan Inderaputera dengan baik ketika Inderaputera datang ke rumahnya

WATAK


Inderaputera
PERWATAKAN
HURAIAN
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Puspa dan bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi, memiliki paras rupa yang sangat elok
Bijaksana
Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri
Berani
Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik tetapi juga tangkas mencengkam rambut peri itu
Berpegang pada janji
Inderaputera telah melepaskan rambut peri apabila peri memberikan geliga hikmat kepadanya
WATAK

Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan, tunang kepada Raja Mengerna Lela Dewa, memiliki rupas paras yang amat cantik
Berpegang pada janji
Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya
Bijaksana
Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang mengambil pakaiannya
Pemalu
Tuan Puteri malu apabila dayang memintanya bertanya sendiri kepada Inderaputera tentang pakaian

LATAR
MASA
PERNYATAAN
HURAIAN
Waktu fajar
Tuan puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
Waktu malam
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan akaian yang sangat cantik
Tengah malam
Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran

LATAR TEMPAT
Tasik
Tempat tinggal peri/nenek/raksasa
Mahligai
Tempat tinggal Tuan Puteri
Balai Rangga Puspa Berahi
Tempat yang disediakan oleh tuan puteri kepada Inderaputera untuk beradu

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat yang berani
Inderaputera berani menentang binatang yang menjaga mahligai tuan puteri
Masyarakat yang menepati janji
Peri menyerahkan geliga hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikan
Masyarakat yang bijaksana
Inderaputera mengambil dan menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri
Blog Cikgu Azaman at 02:31

No comments:

Post a Comment