Pages 3

Tuesday, May 27, 2014

KARANGAN BERFORMAT SYARAHAN

Syarahan

(Tips Penting)

1) Syarahan juga dikenali sebagai pidato.

2) Dalam peperiksaan PMR, tajuk syarahan biasanya dikemukakan dalam situasi pertandingan.

3) Pada keseluruhannya, cara menulis karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan jenis ucapan dan ceramah.

4) Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan.

5) Isi-isi yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat agar dapat menerangkan maksud yang dihajatkan.

6) Karangan syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta haruslah menyebut “para hakin yang arif lagi adil”.

7) Untuk kata-kata penghadapan sesuatu karangan jenis syarahan, anda perlu menyebutkannya mengikut protokol atau tatacara yang telah ditetapkan.

8) Nyatakan juga tajuk syarahan yang ingin disampaikan oleh anda.

9) Anda perlu menyebut kata panggilan “Tuan-tuan dan puan-puan”, dan sebagainya bagi menarik perhatian para pendengar.

10) Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan. Kesimpulan yang dibuat hendaklah padat dan jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal.



Contoh karangan

1. “Masyarakat Malaysia kurang membaca”. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.
Hadirin yang dihormati,
Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.
Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.
Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur.
Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungmya”. Sekian, terima kasih.

1 comment: