Pages 3

Wednesday, June 4, 2014

OCT 8 KOLEKSI SOALAN DAN JAWAPAN: SOALAN DIMENSI INDIVIDU INGAT SELALU SOALAN DIMENSI 1: KATA TUGAS PERANAN ANDA

Melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi                         
telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.

Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi
yang menjadi idaman anda.

(SBP 2012)

        1. Universiti terkemuka / bertaraf dunia
     2. Terletak di luar negara
     3. Mempunyai bidang pengajian yang menarik
     4.Sistem pengajian/pendidikan yang menaruik
     5.Prasarana terkini
     6.Pensyarah hebat

Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diber perhatian yang serius.

Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah
anda sentiasa bersih.

(MRSM 2012)

1.      Menyertai aktiviti gotong-royong di sekolah
2.      Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di kelas.
3.      Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan.
4.      Mencadangkan kepada pihak sekolah membanyakkan aktiviti kebersihan.
5.      Menganjurkan pertandingan kebersihan kelas.

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

(Perak 2012)

1.      Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
2.      Mendapat didikan agama yang sempurna.
3.      Bergaul dengan orang-orang yang berilmu.
4.      Tidak terlibat dalam gejala sosial.
5.      Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa daan guru.
6.      Sentiasa menerima teguran dan nasihat.

Kerajaan mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

(Pulau Pinang 2012)

Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.

(Kelantan 2012)

1.      Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
2.      Menyihatkan badan
3.      Memupuk nilai-nilai murni
4.      Menjadikan pasukan pelapis kepada atlet negara.
5.      Memupuk semangat juang yang tinggi.

1.     Melibatkan diri dalam aktiviti sukan / riadah
2.      Berjumpa kaunselor sekiranya berdepan dengan masalah.
3.      Menghadiri majlis-majlis keagamaan.
4.      Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan gotong-royong dan sebagainya.
5.      Berkongsi masalah yang dihadapi bersama ahli keluarga dan rakan sebaya.

Anda telah menyertai Program Motovasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktivti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.

(Teregganu 2012)

1.      Membentuk sahsiah diri supaya lebih berdisiplin.
2.      Motivasi untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
3.      Pengurusan masa yang sistematik
4.      Membentuk ketahanan fizikal dan mental
5.      Mengasah bakat kepemimpinan
6.      Menambahkan ilmu pengetahuan

Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020.

Jelaskan peranan anda sebagai remaja
untuk menjayakan wawasan negara
tersebut.

(Zon Kucing 2012)

1.      Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran.
2.      Belajar pelbagai kemahiran dengan melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti, IKM, IKBN dan lain-lain.
3.      Bersiap sedia dengan ilmu kepemimpinan.
4.      Mempelajari sejarah negara untuk mengukuhkan semangat patriotism.
5.      Mempelajari ilmu agama sebagai benteng diri mejauhi kajahatan.

Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang mengikuti lawatan sambil
belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.

Jelaskan faedah-faedah yang di peroleh daripada program lawatan sambil belajar tersebut.
(Johor 2012)

1.      Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan.
2.      Dapat menambahkan ilmu pengalaman
3.      Dapat mengurangkan stress / tekanan perasaan.
4.      Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu.
5.      Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas.

Konsep sekolah penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyanyangi dalam kalangan guru dan murid.

Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

(Kedah 2012)

1.      Menghormati para guru sepanjang masa
2.      Belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran
3.      Tidak melanggar peraturan sekolah / menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.
4.      Sentiasa menghulurkan bantuan kepada guru apabila diperlukan.
5.      Menziarahi para guru terutama pada musim perayaan.
6.      Tidak lupa jasa guru walaupun sudah berjawatan tinggi.

Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

(Terengganu 2011)

1.      Belajar bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian akademik.
2.      Memiliki sahsiah / keperibadian yang terpuji.
3.      Berusaha menguasai pelbagai bahasa
4.      Menguasai kemahiran teknologi maklumat.
5.      Menguasai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.

Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

(Pahang 2012)

1.      Memudahkan penguasaan ilmu
2.      Dapat berhubung dengan masyarakat dunia
3.      Senang mendapat pekerjaan
4.      Seriring dengan tuntutan globalisasi
5.      Memudahkan komunikasi / perbualan
6.      Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat.

Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

(Perlis 2012)

1.      Belajar bersungguh untuk mendapat kecemerlangan akademik.
2.      Menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.
3.      Menjulang kejayaan dalam acara sukan yang dipertandingkan di peringkat MSSD, MSSN dan Kebangsaan.
4.      Tidak terlibat dalam gejala negatif seperti vandalisme, merokok dan lain-lain.
5.      Mencipta pelbagai rekacipta sains dan teknologi untuk mendapat anugerah di peringkat kebangsaan.
6.      Menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah dan asrama

Posted 8th October 2012 by Mohd Zulkifli bin Ramli

No comments:

Post a Comment