Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan peperiksaan PT3 bagi menggantikan PMR bermula 1 Julai ini dan ia akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.
Ini akan diikuti ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula pada 12 hingga 17 Oktober depan dan ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini. – Bernama, 15 Jun, 2014.
Pages 3
▼
No comments:
Post a Comment