TAJUK 1 - 10
1. PERINDUSTRIAN
KEBAIKAN
· Mengurangkan import
· Meninggikan taraf hidup rakyat
· Memajukan Negara
· Menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat
· Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan
KEBURUKAN
· Meningkatkan penerokaan hutan
· Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar
· Menyebabkan peningkatan masalah sosial
· Meninggalkan/membiarkan bidang pertanian
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
· Memudahkan kerja atau tugas
· Lebih praktikal dan sesuai
· Kos pengeluaran lebih murah, jimat masa dan bahan
· Tetapi menyebabkan pengangguran
· Tetapi menyebabkan pengantungan kepada mesin atau robot
2. INDUSTRI DESA
TUJUAN MEMAJUKAN
· Meninggikan taraf hidup masyarakat desa
· Boleh menjadi sumber rezeki terutamanya kepada sektor pelancongan
· Mengajar masyaraka desa kemahiran hidup
SAMBUTAN TERHADAP HASIL DESA
· Tidak baik kerana masyarakat memandang rendah mutu kerja rakyat tempatan.
· Tidak baik kerana tiada usaha yang meluas untuk memperkenalkan hasil kerja mereka
· Tidak baik kerana pasaran agak terhad, iaitu hanya dalam industri pelancongan domestik.
· Baik kerana harga pasaran yang berpatutan dan kualiti yang baik.
· Baik kerana banyak pusat Industri desa seperti kraf tangan telah ditubuhkan
· Baik kerana kerajaan menggalakkan industri pelancongan.
AGENSI KERAJAAN
· KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Karyaneka dll.
3. ISU PEMBALAKAN
KESAN PEMBALAKAN
· Hutan Negara semakin pupus terutamanya jenis yang berharga
· Pencemaran alam semakin meluas
· Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku
· Kehidupan haiwan liar dan Orang Asli terjejas
USAHA-USAHA MENGEKALKAN HUTAN
· Mewariskan kawasan hutan sebagai Taman Negara
· Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang
· Kempen kesedaran terutamanya di kalangan pelajar
· Penggubalan undang-undang yang ketat
ISU PEMBALAKAN HARAM
· Sukar dikesan kerana kawasan hutan negara yang luas, kekurangan anggota renjer hutan untuk mengawasi.
4. TEMPAT REKREASI
FUNGSI DAN PERANAN
· Tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan masyarakat
· Kawasan kanak-kanak bermain
· Tempat megadakan majlis seperti perkahwinan, pesta dan keramaian lain
· Menghilangkan penat setelah bekerja
· Menghijaukan kawasan udara yang segar dan nyaman
SAMBUTAN MASYARAKAT
· Mengecewakan kerana banyak tempat rekreasi dirosakkan (vandalisme)
· Mengecewakan kerana kebersihan tidak dijaga dengan baik
· Mengecewakan kerana hanya mengunjungi kawasan ini ketika cuti sahaja
PENYEDIAAN KEMUDAHAN DI TAMAN REKREASI
· Perlu menggunakan bahan yang tidak mudah rosak, berkarat dan tidak berbahaya
· Perlu diperbanyak kawasan khas seperti ini.
5. PENSWASTAAN
MAKSUD
· Menyerahkan sebahagian besar perkhidmatan kerajaan untuk rakyat kepada pihak swasta yang berkemampuan.
FAEDAH-FAEDAH
· Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan kerajaan boleh digunakan untuk projek lain yang lebih penting
· Tahap perkhidmatan dapat ditingkatkan kerana berorientasikan keuntungan.
· Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna
· Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tahap kemahiran pekerja semakin tinggi
· Meningkatkan daya saing yang tinggi dalam negara
· Imej negara turut meningkat kerana keupayaan perkhidmatan kepada rakyat bergerak secara cekap dan efektif.
PERKEMBANGAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA
· Dimulakan dengan era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad (PM ke-4) dan antara kementerian dan jabatan kerajaan yang telah diswastakan ialah TELEKOM, TNB, POS MALAYSIA dan INDAH WATER.
· Selain Malaysia, Britain merupakan negara yang turut giat menjalankan dasar penswastaan.
6. INDUSTRI PERIKANAN
MASALAH
· Hasil tangkapan yang kurang kerana teknologi penangkapan lama seperti kapal yang kecil, pukat dan tidak menggunakan teknologi untuk mengesan ikan (sonar)
· Pendapatan rendah ekoran musim tengkujuh dan kewujudan peraih yang mengaut keuntungan besar.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
· Agak terhad
· Penggunaan teknologi mampu mengubah hasil nelayan
· Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
SUMBANGAN INDUSTRI PERIKANAN
· Membekalkan keperluan ikan aegara
AGENSI KERAJAAN
· Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan
7. AGENSI KERAJAAN
JENIS
· Berkanun dan tidak berkanun
PERANAN
· Membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat
· Memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat seperti baja, benih dan kemahiran.
· Memastikan semua program kerajaan berjalan lancar
KEBERKESANAN
· Berjaya memajukan rakyat
· Tetapi memerlukan tahap kerjasama rakyat yang tinggi dan kos yang tinggi.
ANTARA AGENSI KERAJAAN
· KEMAS, MARDI, RRIM, KADA, PELADANG dll.
8. KEMPEN
TUJUAN
· Menyedarkan masyarakat mengenai sesuatu perkara
· Memberitahu masyarakat tentang projek kerajaan dan sebagainya.
· Meminta kerjasama masyarakat untuk menjayakan sesuatu program
· Meningkatkan taraf kehidupan rakyat
KEBERKESANAN
· Berkesan seperti acara-acara Sukan, dasar kerajaan (contoh: 1Malaysia) dan Pilihan raya.
· Tidak berkesan seperti Kempen Kemalangan Jalan Raya, Kempen Kebersihan, Kempen Cintai Sungai Kita.
9. INDUSTRI PELANCONGAN
USAHA DAN CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
· Memberi diskaun insentif kepada industri pelancongan negara
· Mengadakan hari melancong atau tahun melancong/tahun melawat
· Memperbanyak kawasan/destinasi pelancongan negara
· Meningkatkan industri kraftangan negara
· Meningkatkan kadar kebersihan dan kecekapan sistem pengangkutan negara
KESAN INDUSTRI PELANCONGAN
· POSITIF
Ø Menggalakan pertumbuhan ekonomi negara
Ø Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat
Ø Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar
· NEGATIF
Ø Menularnya budaya tidak sihat daripada negara lain
Ø Peningkatan harga barangan terutamanya di destinasi pelancongan yang boleh menjejaskan orang tempatan.
10. PERUMAHAN
MASALAH PERUMAHAN KINI
· Rumah kos rendah terlalu kecil bilangannya dan harganya agak mahal
· Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan mengikut jadual
· Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank dan pihak tertentu untuk membeli rumah
· Mutu rumah yang masih dipertikaikan.
USAHA-USAHA MENGATASI MASALAH
· Kerajaan perlu mengenakan tidakan tegas kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek mereka
· Pembinaan rumah kos rendah perlu diperbanyak dan diberi insentif
AGENSI TERBABIT
· Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Pages 3
▼
No comments:
Post a Comment