Karangan (punca/faktor/sebab-masalah remaja)
Pendahuluan:
Ø Sejak kebelakangan ini, ______________________semakin berleluasa dan menjadi-jadi.
Ø Masalah ini membimbangkan dan merimaskan pelbagai pihak.
Ø Apakah faktor-faktor yang menyebabkan gejala tersebut berlaku?
Isi 1: Pengaruh rakan sebaya:
Ø Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama yang menyebabkan __________________________.
Ø Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan remaja selain ibu bapa mereka.
Ø Remaja mudah dan gemar terikut-ikut perbuatan rakan sebaya yang jahat.
Ø Mereka tidak mempunyai fikiran yang matang dan tidak dapat berfikir secara rasional.
Ø Dengan ini, remaja mudah dicabar oleh rakan sehingga bercermin di air keruh.
Isi 2: Ibu bapa:
Ø Selain itu, ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki dan mengejar kemewahan juga menyumbang kepada _______________________________.
Ø Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk menemani dan mengawasi tingkah laku anak emas mereka.
Ø Hal ini menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.
Ø Anak mereka bebas melakukan apa-apa yang diingini untuk mendapat perhatian daripada orang lain.
Ø Dengan ini, remaja mudah terjerumus ke dalam lembah kehinaan.
Isi 2: Ibu bapa:
Ø Selain itu, sesetengah ibu bapa juga tidak memberikan teladan yang baik kepada anak mereka.
Ø Anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi pencoraknya.
Ø Lazimnya, anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Ø Adakah anak akan menerima nasihat ibu bapa supaya tidak ___________________________ jika ibu bapa mereka bersikap bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul?
Isi 3: Sekolah:
Ø Di samping itu, sesetengah pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang serius dan tegas juga memburukkan masalah ini.
Ø Contohnya, pihak sekolah tidak memperketat peraturan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pelajar yang _____________________________.
Ø Pihak sekolah gagal mengambil tindakan yang sewajarnya seperti melepaskan batuk di tangga.
Ø Dengan ini, pelajar tidak akan menyedari kesalahan diri dan terus terlibat dalam gejala ini.
Isi 4: Media massa:
Ø Media massa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ______________________________________________________.
Ø Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar dalam era pemodenan ini.
Ø Contohnya, media massa banyak memaparkan filem dan rancangan yang berunsur negatif seperti jenayah, seks dan keganasan.
Ø Filem-filem tersebut akan mempengaruhi dan menjejaskan fikiran remaja.
Ø Remaja suka terikut-ikut atau meniru perbuatan watak dalam filem.
Ø Lebih-lebih lagi, golongan remaja suka memberontak dalam peringkat umur ini.
Ø Dengan itu, remaja mudah terjerumus ke dalam kancah _____________________.
Penutup:
Ø Kesimpulannya, ______________________________________tidak patut dipandang ringan.
Ø Golongan pemuda dan pemudi ialah harapan dan bakal pemimpin negara.
Ø Oleh itu, remaja dinasihati supaya tidak terlibat dalam gejala yang negatif ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
摘自 http://cikgulye.blogspot.com/2013/01/karangan-punca-faktor-sebab-masalah.html?m=1
No comments:
Post a Comment