PERSEDIAAN PADA HARI UJIAN LISAN
1. Pastikan tarikh, hari dan waktu sesi ujian yang tepat untuk anda kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan anda tidak dapat menduduki ujian itu. Walaupun ada kelonggaran untuk membolehkan calon diuji pada hari lain, kelonggaran ini tidak bermakna anda boleh bersikap sambil lewa.
2. Jika anda sakit, maklumkan kepada pihak sekolah seberapa segera untuk membolehkan ujian di hospital dijalankan. Sijil Sakit perlu dikemukakan.
3. Apabila anda datang, hendaklah berpakaian kemas dan sudah makan kerana anda tidak dibenarkan lagi keluar setelah berada di Bilik Menunggu.
4. Kad Pengenalan adalah dokumen penting yang perlu dibawa.
5. Calon sesi pertama (8.00 pagi) akan diberi taklimat ringkas oleh pemeriksa lisan dan sampul set soalan untuk hari berkenaan akan dibuka di depan anda.
6. Guru penjaga masa akan memanggil anda untuk menyemak Kad Pengenalan dan anda dikehendaki menandatangani Borang Semakan.
7. Apabila loceng dibunyikan dari dalam Bilik Ujian Lisan, anda perlu masuk dengan segera.
8. Berikan ucapan selamat kepada kedua-dua guru Pemeriksa Lisan.
9. Serahkan Kad Pengenalan kepada salah seorang guru berkenaan dan anda boleh duduk apabila diminta berbuat demikian.
10. Walaupun tiada pembahagian khusus, ujian lisan kelihatan terbahagi kepada tiga bahagian:
o Soalan peribadi:
Nama, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya.
Soalan-soalan ini sekadar untuk mengetahui latar belakang anda dan menenangkan anda untuk menghadapi soalan seterusnya.
Jawablah dengan tenang, suara yang jelas dan ayat lengkap dalam bahasa baku.
Jangan terperanjat jika Pemeriksa Lisan kadang-kala bergurau dengan anda sekadar untuk mewujudkan kemesraan.
o Soalan lisan utama:
Satu pernyataan tentang mana-mana tajuk daripada 70 tajuk yang telah dipelajari akan ditanya mengikut set soalan yang telah ditentukan. Anda tidak boleh meminta untuk menukar tajuk atau meminta diulang soalan.
Dengar dengan teliti dan jawab dengan penuh yakin dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
Pemeriksa biasanya akan hanya mendengar jawapan anda tanpa gangguan jika anda boleh bercakap dengan lancar dan mengemukakan isi-isi yang dikehendaki secara tepat, bernas dan menyakinkan.
Ingat, setiap isi hendaklah disertai huraian, contoh dan pendapat yang diolah dengan bahasa yang betul dan gramatis.
o Soalan Tambahan:
Soalan tambahan (Lihat contoh di atas) akan diberi dalam dua keadaan, iaitu huraian anda kurang lengkap atau keadaan kedua, isi dan huraian anda bercanggah.
Jawablah dengan tenang tanpa kehilangan punca walaupun mungkin jawapan anda sebelumnya sudah bercanggah. Beri alasan yang munasabah terhadap semua jawapan itu.
11. Setelah berpuas hati dengan jawapan anda atau mungkin anda sudah tidak boleh ditolong lagi kerana terlalu lemah, pemeriksa akan menamatkan sesi ujian dan membenarkan anda keluar.
12. Setelah anda keluar, kedua-dua pemeriksa akan berbincang tentang markah yang sesuai diberikan kepada anda dan mencatatnya ke dalam borang markah.
13. Markah untuk anda ialah 0 - 40. Walaupun begitu, dalam Sijil SPM anda nanti, ia hanya dicatat LULUS atau GAGAL sahaja.
14. Nasihat saya, walaupun sesi ujian ini hanya beberapa minit tetapi kesannya amat besar kepada pencapaian SPM anda nanti.
15. Selamat menghadapi ujian lisan.
PERUBAHAN DALAM UJIAN LISAN MULAI TAHUN 2000
1. Secara umum tiada perubahan yang ketara kecuali cara penilaian yang dibuat oleh Guru Pemeriksa Lisan kerana pada tahun ini pemarkahan dibuat mengikut kriteria berikut:
o Kefasihan - 10 markah
o Sebutan - 10 markah
o Tatabahasa - 10 markah
o Isi - 10 markah.
2. Markah penuh masih 40 markah cuma ada tambahan pembahagian yang khusus, bukan lagi secara umum.
3. Dengan itu pemerhatian pemeriksa lisan lebih teliti kerana mereka perlu memberikan markah mengikut kriteria di atas.
4. Walaupun begitu, hal ini tidak sepatutnya mengganggu tumpuan anda kerana tugas anda sememangnya menjawab mengikut syarat-syarat berkenaan dari awal lagi.
5. Sebaik mungkin dalam masa sehari dua menjelang ujian ini, bertanyalah kepada guru Bahasa Melayu anda dan guru Setiausaha Peperiksaan Sekolah tentang perkembangan-perkembangan terakhir.
摘自 http://bestarytuisyen.blogspot.com/2012/06/ujian-lisan-bahasa-melayu-spm-2012.html?m=1
Pakatan harapan!
ReplyDelete