❤我的电子书 ❤

Saturday, July 5, 2014

Geografi 的题目 TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23) TAHUN 2014 1.0 ARAHAN KEPADA CALON

Geografi 的题目
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23) TAHUN 2014 1.0 ARAHAN KEPADA CALON
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.
Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014.
Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4).
Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan.
Selain calon PT3 yang kena baca dan faham arahan ini, ibubapa pun kena baca juga untuk bimbingan kepada anak-anak kita. 2.0 TUGASAN Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:

Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.
Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.
Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian.
Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.
Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. TUGASAN TAMAT Sebelum anak-anak kita memulakan tugasan kes Geografi PT3 2014 ini, mereka perlu ikuti beberapa kerangka tugasan untuk memudahkan calon mencari bahan yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment