Saturday, January 5, 2013
PMR Teknik menjawab soalan kertas 2 ( Cara menulis jawapan ringkasan. )
Cara menulis jawapan ringkasan.
~Mulakan jawapan dengan kata kunci soalan Diikuti dengan penanda wacana selain itu......, seterusnya......, ........juga......, pula, di samping itu, bukan itu sahaja. (juga dan pula ialah kata keterangan)
~ Jangan guna kata hubung justeru, tambahan pula dan manakala sebagai penanda wacana Anda boleh menulis antara 5 hingga 7 isi tetapi panjang ringkasan mestilah tidak lebih 80 patah perkataan.
~ Baca petikan lebih dari sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.
~ Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi yang dikehendaki oleh soalan.
~ Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.
~ Anda digalakkan untuk menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment