❤我的电子书 ❤

Tuesday, May 24, 2011

KERTAS BM UPSR


BAHAGIAN A - Bina ayat  ("Huruf yang italik ialah kata kunci yang sesuai)

~Suasana kemalangan (kemalangan dahsyat, cedera parah, kereta remuk-redam, mangsa meraung kesakitan, kereta ambulans tiba, dikejarkan ke hospital)


~Suasana perkelahan (cuaca baik, berkelah di tepi pantai, menyediakan makanan dan minuman, bermain air, berenang dengan ria)

~Suasana kegiatan kokurikulum / aktiviti di sekolah (mendengar arahan ketua, memakai uniform dengan kemas, bekerjasama menjayakan aktiviti, bersatu padu, memupuk perpaduan)

~Suasana pertandingan dan perlawanan di sekolah (riuh-rendah, tepukan gemuruh, memberikan sokongan, pasukan lawan, merangkul pingat kejayaan)

~Suasana aktiviti kekeluargaan (meluangkan masa, berbual mesra, berkongsi pendapat, meringankan beban ibu bapa, anak kesayangan
 
BAHAGIAN B - Karangan
 
Karangan Jenis Syarahan / Ucapan ( pertandingan / hari perasmian / perpisahan)

Karangan Jenis Surat Rasmi (aduan / permohonan / penjelasan cuti)

Karangan Surat Tidak Rasmi (surat kepada keluarga / kawan / sahabat pena / sepupu)

Karangan Autobiografi (kamus, komputer, komputer riba (notebook), telefon mudah alih, alat berteknologi)

Karangan Jenis Pengalaman (yang sudah berlaku seperti lawatan, kunjungan, bercuti)

Karangan Jenis Fakta ( kelebihan amalan menabung, faedah menyertai aktiviti di sekolah, keburukan penggunaan telefon bimbit, keburukan tabiat merokok)

BAHAGIAN C - membina ulasan

FORMULA ( AMALAN BAIK DALAM PETIKAN)

Kita mestilah ...... agar ......

Kita haruslah ...... supaya ......

Kita hendaklah ...... demi ......

Kita patutlah ...... untuk ......

Kita wajarlah ...... kerana ......

FORMULA ( AMALAN TIDAK BAIK DALAM PETIKAN)

Usahlah kita ...... kerana ......

Janganlah kita ...... oleh sebab ......

Sebagai pelajar, jauhilah sikap ...... yang akan menyebabkan ......

Sebagai anak, elakkan daripada tabiat ........ kerana ......

Kita tidak patut ....... demi .......

No comments:

Post a Comment