❤我的电子书 ❤

Thursday, March 10, 2011

UPSR 马来文作文 批改方法


BAHAGIAN A 的看图作文,如有两个图,要你写5个句子。

记得两张图意都要写到。

比如图一 1 2 3 4 句子

图二 4 3 2 1 句子

_____________

5 5 5 5 句子

别写超过5个句子,否则分数肯定不会得特优。
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
如果要求写出图中的aktiviti,就先圈出图画中的内容,


写出BTM(imbuhan BER, TER, ME)的词语,然后根据这些词语造句子。
BAHAGIAN C
一字不漏地抄,最多只能给五分。满分20分,一个内容2分,5个10分。另外10分是依他的行文/语法/错别字等进而评分。
*****************************************
Markah Penuh : 60 markah

Jumlah soalan : Bahagian A, 1 soalan (wajib dijawab)

Bahagian B, 3 soalan ( pilih dan Jawab 1)

Bahagian C, 1 soalan ( wajib dijawab)

Bahagian A : 10 markah

Bahagian B : 30 markah

Bahagian C : 20 markah



Garis Panduan kepada pemeriksa

A. Cara pemeriksaan

1.Pemeriksaan dilakukan secara holistic iaitu melihat secara keseluruhan dan penskoran dibuat mengikut criteria yang digariskan.

2.Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki – minimum TIGA (3) isi penting. Pertimbangan markah yang sesuai perlu bagi isi yang disertakan contoh dan huraian, isi beserta contoh atau isi sahaja.



Langkah-langkah pemeriksaan

1.Pemeriksaan hendaklah membaca setiap ayat/karang dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan itu dan sesuaikan dengan criteria yang ditetapkan.

2.Pemeriksa membaca ayat/karangan itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor dalam jadual criteria penskoran.

3.Karangan yang terpesong ialah ayat/karangan yang tidak kaitan langsung dengan tajuk/tema/tugasan, markah maksimum ialah 5 markah.

4.Karangan yang tidak mematuhi format tolak 2 markah daripada markah keseluruhan.
 
**************************************
Bahagian A : 10 markah




Cemerlang ( 9 – 10)

Kriteria :

1.Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.

3.Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.



Baik ( 7 – 8)

Kriteria :

1.Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik

3.Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.



Memuaskan ( 4 – 6)

Kriteria :

1.Menggunakan ayat mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa tetapi terhad dan sesuai.

3.Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.



Pencapaian tahap minimum ( 1 – 3)

Kriteria :

1.Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik.

2.Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik.

3.Tidak menguasai kemahiran tanda baca dengan ejaan.
 
********************************************************
Bahagian B : 30 markah




Cemerlang ( 24 – 30)

Kriteria :

1.Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca.

Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis dan bertetapan dengan tema.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.

3.Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.



Baik : (17 – 23)

Kriteria:

1.Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.

2.Penggunaan pelbagai kata-kata dan kosa kata yang sesuai dengan tema.

3.Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.



Memuaskan ( 11 – 16)

Kriteria :

1.Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas. Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dan berdasarkan tema.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata tetapi terhad dan sesuai.

3.Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar , noktah (.) dan koma (,))



Pencapaian tahap minimum ( 1 – 10)

Kriteria :

1.Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema.

Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema

2.Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.

3.Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
 
****************************************
Bahagian C : 20 markah




Cemerlang ( 17 – 20 )

Kriteria :

1.Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan.

3.Penggunaan ejaan dan tanda baca.



Baik ( 12- 16)

Kriteria:

1.Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.

3.Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.



Memuaskan ( 6 – 11)

Kriteria :

1.Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas.

2.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata tetapi terhad dan sesuai.

3.Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.



Pencapaian tahap minimum ( 1 – 5)

Kriteria :

1.Ulasan tidak menepati bahan rangsangan .

2.Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan rangsangan.

3.Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
 
Catatan :


1.Penilaian keseluruhan (impression) akan turun bagi karangnan daripada jumlah perkataan yang ditetapkan dan bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan, akan dinilai terus.

2.Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca tandakan kesalahan-kesalahan yang terdapat seperti berikut:



\/ isi ( tiada markah diletakkan)

p/s 这是勾号,无法从word抄过来

( ) kesalahan isi

^^^^^^ kesalahan struktur ayat

________ kesalahah penggunaan perkataan

O Kesalahan tanda baca

/ kesalahan ejaan

= kesalahan imbuhan



No comments:

Post a Comment