BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN
1. Mengenal pasti tugasan soalan
Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu
berakhir. Lihat soalan contoh di bawah:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan.
2. Patuhi had perkataan
Calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had
perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa.
Soalan PMR 2011:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan.
Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja
berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja yang
kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan ini diburukkan
lagi lantaran sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan kurang
menumpukan perhatian terhadap anak-anak.
CSL2012
Ringkasan/Pemahaman 1
Remaja yang bermasalah dapat dikesan dengan mengenal pasti kelainan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh mereka seperti perubahan emosi daripada periang kepada
pendiam atau cepat marah. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk
memahami masalah yang dihadapi. Dengan ini, anak-anak mempunyai ruang untuk
bercerita tentang masalah mereka. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu
mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Jika tindakan ini dilakukan, anak-anak
remaja akan berasa diri mereka tidak dihargai. Remaja yang mula menunjukkan tandatanda perubahan seperti tidak dapat tidur, kurang selera makan, tidak bertenaga, kurang
fokus dan suka menyendiri merupakan remaja yang bermasalah. Untuk mengatasi konflik
ini, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa
mereka.
Di sekolah pula, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya
oleh guru. Hal ini sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan yang dihadapi mereka.
Pada masa yang sama, rakan sebaya boleh membawa pengaruh kurang baik seperti
merokok dan melepak. Oleh itu, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Hal ini
demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dan mereka seharusnya
boleh membantu rakan mereka yang bermasalah. Di samping itu, di hospital kerajaan atau
swasta terdapat banyak pakar psikiatri yang mampu membantu remaja untuk mengatasi
masalah mereka. Oleh itu, ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah
berjumpa dengan pakar psikiatri.
Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka. Mereka
perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi negatif melalui pelbagai
teknik. Contoh teknik yang boleh digunakan ialah teknik relaksasi dan teknik pernafasan.
Dalam pada itu, masyarakat berperanan dalam memastikan remaja menjadi insan yang
berguna dengan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang
membawa kebaikan kepada remaja. Remaja seharusnya menjadi modal insan yang
cemerlang dengan memanfaatkan usia remaja sebaik mungkin demi masa depan yang
lebih bermakna.
Skema:
1. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah
yang dihadapi
2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka
3. Anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu
bapa mereka
4. Remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru
CSL2012
Ringkasan/Pemahaman 2
5. Remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai
6. Ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar
psikiatri
7. Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka. ATAU
Remaja perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi negatif
melalui pelbagai teknik
8. Masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undangundang yang membawa kebaikan kepada remaja.
CATATAN: SEMUA ISI MESTI ADA SUBJEK
TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN:
1. Penanda wacana yang mesti digunakan.
Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhir sekali.
2. Prosedur jawapan:
i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi Pertama
Contoh:
Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu
mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang
dihadapi.
ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2
Contoh:
Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anakanak mereka.
iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3
Contoh:
Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi
yang betul oleh ibu bapa mereka.
CSL2012
Ringkasan/Pemahaman 3
iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4
Contoh:
Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang
sepatutnya oleh guru.
v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5
Contoh:
Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai.
Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan, bina ayat
yang ke-6.
Contoh:
Ayat 1 : 17
Ayat 2 : 10
Ayat 3 : 14
Ayat 4 : 11
Ayat 5 : 9
Jumlah : 61
Masih ada 19 patah perkataan lagi
(Teruskan dengan membina ayat ke-6)
vii. Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6
Contoh:
Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan
undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja.
61 + (Ayat 6 – 14 patah perkataan) = 75 patah perkataan.
CSL2012
Ringkasan/Pemahaman 4
https://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7cHVhYzZac01TWWVEbnpoMEVTblpFZw/edit?pli=1
No comments:
Post a Comment