❤我的电子书 ❤

Wednesday, June 26, 2013

Teknik menjawab Pemahaman PMR

Jawapan Contoh:



1. Maksud rangkai kata kelainan tingkah laku ialah perbezaan sikap.



SOALAN ANALISIS PETIKAN:



2. Berdasarkan petikan, berikan dua faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat



dalam gejala negatif.          



PANDUAN:



a. Jawapan kepada soalan ini terdapat dalam petikan.



b. Jawapan kepada soalan ini juga tidak bertindih dengan isi ringkasan.



Sila rujuk petikan: (Perenggan 1)



Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja



berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja yang



kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan ini diburukkan



lagi lantaran  sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan  kurang



menumpukan perhatian terhadap anak-anak.



Skema:



(i) sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya



(ii) kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak



Jawapan Contoh:



Faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif ialah sikap



sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya.  Selain itu, ibu bapa kurang



menumpukan perhatian terhadap anak-anak



[4 markah]



CSL2012



Ringkasan/Pemahaman 6



SOALAN KBKK:



3. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh



remaja untuk mengisi masa lapang mereka?



     [4 markah]



Skema:



Beriadah - 2 markah



Membaca - 2 markah



Bermain permainan video - 0 markah



(Terima juga mana-mana aktiviti yang berfaedah)



Jawapan Contoh:



Pada pendapat saya, antara aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja



untuk mengisi masa lapang remaja ialah beriadah bersama keluarga.  Selain itu, remaja



juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca.

https://docs.google.com/file/d/0B_Y2d6B-91t7cHVhYzZac01TWWVEbnpoMEVTblpFZw/edit?pli=1

No comments:

Post a Comment