❤我的电子书 ❤

Tuesday, September 9, 2014

TIP TERKINI BAHASA MELAYU SK & SJK 2014

TIP TERKINI BAHASA MELAYU SK & SJK 2014
Bahagian A- SK/SJK
Tidak ada banyak bezanya untuk tema bahagian ini pada tahun ini.Fokus KELUARGA dan SEKOLAH masih lagi diutamakan sama seperti tahun lepas. Maknanya, gambar yang mungkin diutarakan berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan keluarga dan sekolah. Namun, semua murid dinasihatkan agar tidak melupakan format yang lain seperti graf, jadual dan gambar berpusat/bercapah.
Tajuk lain - Gambar - perkhemahan, gotong-royong, perpustakaan, sambutan majlis, hari sukan, Hari Kebangsaan, Hari Guru, Hari Kanak-kanak, cerita haiwan, keselamatan jalan raya, pantai, aktiviti keluarga (dalam rumah)dll.. Jadual- jadual harian murid bertugas/individu. Graf - keputusan peperiksaan. Gambar berpusat - yang berkaitan dengan menjaga kebersihan/kesihatan atau nilai murni. Gambar bercapah - pohon kelapa, kelapa sawit, getah, buluh dan sebagainya.
Bahagian A - SK
1. Gambar aktiviti keluarga 2. Gambar haiwan 3. Gambar aktiviti murid 4. Gambar berkaitan nilai murni.
Tambahan : Suasana di dalam kelas - sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gotong-royong menceriakan dan membersihkan kelas
Perkhemahan, perkelahan, Hari Keluarga, majlis hari lahir, majlis kenduri/jamuan, Hari Sukan sekolah, Hari Kantin, aktiviti pertandingan
,
Bahagian A - SJK
1. Gambar aktiviti keluarga 2. Gambar haiwan 3. Gambar aktiviti murid 4. Gambar keselamatan jalan raya(cth-aktiviti murid di luar pagar sekolah) 5. Gambar berkaitan nilai murni
Tambahan : Perkelahan,Pameran Buku,Pusat Sumber,Hari Sukan,Gotong-royong di kelas/kawasan sekitar
Sambutan Hari Lahir, Hari Guru, Hari Kanak-kanak, Hari Kebangsaan, Aktiviti di sekolah seperti pertandingan, Cerita haiwan, Keselamatan di jalan raya, Aktiviti perhimpunan,, Aktiviti di kelas, Suasana di kantin, Suasana di pasar malam, Suasana lawatan di sesuatu tempat, Perayaan/sambutan, Suasana di kebun sayur atau buah, Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah, Membersihkan dan menceriakan taman, Aktiviti di taman, Aktiviti di luar rumah
Bahagian B - SK
1. Dialog 2. Surat 3. Berita 4. Pengalaman/Keperihalan 5. Fakta 6. Laporan
Bahagian B - SJK
1. Autobiografi 2. Ucapan 3. Laporan 4. Pengalaman/Keperihalan 5. Dialog 6. Surat
Tajuk-tajuk penting Tahun 2009/2010/2011/2012/2013/2014-SK & SJK
1. Lawatan ke sebuah tempat yang menarik**
2. Pengalaman terlibat dalam satu aktiviti-majlis hari lahir*, perkahwinan (2009 SJK), aktiviti di
sekolah(2009 SJK)(2011(A)SJK)(2012 SK), bercuti(2010-SJK)(2011(B)SK), aktiviti di
rumah (2010(A)SK)(2011(A)SK)
3. Sukan (2009 SK)/Kebaikan Bersukan (2013 (B)SJK)
4. Kokurikulum**
5. Perpustakaan**
6. Komputer*
7. Kebersihan (2009 SJK)(2011(B)SJK) /kesihatan diri
8. Mengenang jasa ibu bapa, guru, orang tua (cara menghormati) (2013 (B)SK)
9. Tindakan yang dijalankan dalam satu-satu situasi(2012 SJK)*
10.Autobiografi *
11. Cara-cara/persediaan menghadapi peperiksaan (2009 SK)*
12. Cara-cara/bagaimana menjadi murid yang cemerlang/orang yang berguna**
13. Majlis perpisahan seseorang**
14. Perkelahan*
15. Perkhemahan* (2010(A) SJK) / (2010 SK)
16. Hobi (Permainan 2010 SJK)*
17. Soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai murni (2009 SK)*
18. Gotong-royong (2009(A) SJK) / (2009(A) SK)*
19. Kem Motivasi/Kecemerlangan UPSR (2010 SK)*
20. Hari Kebangsaan/Hari Kantin/Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah** (2013 (B)SJK)
21. Pengalaman menyaksikan pertandingan*
22. Kepentingan belajar berkumpulan*
23. Pameran (Buku)*
24. Peristiwa yang tidak dilupakan/menggembirakan (2013 (B) SJK)*
25. Kebaikan/Faedah belajar berkumpulan*
26. Meraikan kejayaan seseorang *
Tajuk-Tajuk Tambahan 2014
1. Keluarga- aktiviti hari minggu, aktiviti bersama*
2. Cara-cara menjaga keceriaan/kebersihan sekolah/rumah (2013 (B)SK)
3. Hari Guru*(2011-(B)SJK)/Hari Kanak-kanak**/Hari Kokurikulum*/pertandingan di sekolah (2011(B)SK)
4. Hadiah yang saya inginkan
5. Persediaan-persediaan - menghadapi perkelahan/peperiksaan*/pertandingan/perayaan
(2013(B)SK)
Soalan KBAT
1. Anda mempunyai kawan yang baik. Nyatakan sebab-sebab anda suka berkawan dengannya.
2. Sebutkan ciri-ciri kawan yang baik.
3. Anda menyertai kokurikulum di sekolah. Pilih satu aktiviti kokurikulum dan cerita tentangnya.
4. Anda mempunyai banyak hobi. Pilih satu jenis hobi dan cerita tentangnya.
5. Anda suka bersukan. Pilih satu jenis sukan dan cerita tentangnya.
6. Anda memenangi RMxxx dalam satu pertndingan. Tulis karangan tentang cara-cara anda
menggunakan wang itu.
Bahagian C-Nilai Murni
Murid-murid diminta untuk belajar dan membuat latihan berdasarkan pantun dan bukan petikan sahaja. Walau bagaimanapun, kebarangkalian untuk keluar pantuan adalah kecil.
Fokus format SK - Cerita, laporan, surat
Fokus format SJK- Cerita, catatan, ucapan
Nilai Murni SK
Penekanan pada :
Rajin
Baik hati
Mengenang jasa/menghargai budi
Jujur
Berdisiplin
Menjaga kebersihan
Bersikap patriotik
Nilai Murni SJK
Penekanan pada :
Bertanggungjawab
Menjaga kebersihan
Mengenang jasa
Menjaga keselamatan
Menghargai masa
Berdisiplin
Menghormati
Bersikap patriotik

No comments:

Post a Comment