HIKAYAT MARAHKAN KAMA ( MARAKARMA)
SINOPSIS
Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan
Prosa tradisional ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak berperang dan bertarung mengikut status masing-masing. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Hanya Maharaja Indera Dewa sahaja yang terselamat.
Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ. Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.
Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelum pulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri Anta Beranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari bertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari.
Setelah melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri Anta Beranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.
Maharaja Negeri Mercu Indera
Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.
Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera.
TEMA
Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat diraja
Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.
PERSOALAN
i. Keberanian untuk menempuh cabaran.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
ii. Kebijaksanaan dalam tindakan.
Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk negeri tersebut.
iii. Penderitaan tidak semestinya berkekalan.
Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.
iv. Tanggungjawab seorang bapa.
Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Puteri Nila Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera.
Watak Utama
Maharaja Marakarma
i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.
iii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.
iv. Taat.
Contoh: Maharaja Marakarma taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.
v. Mahir memanah.
Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran memanah yang dimiliki oleh baginda.
vi. Berani.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
vii. Bertanggungjawab.
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan baik.
viii. Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.
Watak Sampingan
Raja Mengindera Sari
i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.
iii. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.
iv. Taat.
Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.
v. Berani.
Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa.
Puteri Nila Cahaya
i. Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.
ii. Permaisuri kepada Raja Bujangga Indera
Contoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta Beranta.
iii. Penyayang.
Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan bondanya.
iv. Bernasib baik.
Contoh: Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatan ayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.
Puteri Cahaya Khairani
i. Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.
ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.
iii. Penyayang.
Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adinda yang disayangi.
Raja Bujangga Indera
i. Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani
ii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya
iii. Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta
iv. Penyayang.
Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakanda tersayang.
LATAR
Latar Masa
i. Pagi
Contoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja Marakarma pada waktu pagi.
ii. Empat puluh hari empat puluh malam
Contoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.
Latar Tempat
i. Negeri Puspa Sari
Contoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa.
ii. Negeri Anta Beranta
Contoh: Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalan Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.
iii. Negeri Mercu Indera
Contoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
ii. Masyarakat yang penyayang
Contoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.
iii. Masyarakat yang taat setia.
Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.
iv. Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan sempurna.
v. Masyarakat yang berani.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
vi. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Contoh: Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja Indera Dewa.
vii. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.
Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap sebagai anak yang membawa malang.
GAYA BAHASA
i. Bahasa Istana
Contoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana
ii. Bahasa Sanskrit
Contoh: ratna mutu manikam
iii. Bahasa Arab
Contoh: maghrib, masyrik
iv. Bahasa Melayu Klasik
Contoh: rata, lebu duli, anak keti
v. Kata Pangkal Ayat
Contoh: maka, adapun
NILAI
i. Nilai menepati janji
Contoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi layanan yang baik kepada baginda.
ii. Nilai keberanian.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda dan bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.
iv. Nilai amanah.
Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.
v. Nilai kerjasama
Contoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang.
vi. Nilai ketaatan
Contoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan Maharaja Marakarma.
vii. Nilai bertanggungjawab
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.
viii. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat di negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.
Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk menjaga Puteri Nila Cahaya.
ii. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang baginda.
iii. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.
iv. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.
v. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.
Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon keizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.
vi. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang.
vii. Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.
Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.
viii. Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.
Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan karut.
SOALAN
i. Bagaimanakah Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa?
ii. Apakah hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera?
JAWAPAN
i. Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa dengan menikam dada Maharaja Indera Dewa terus ke belakang.
ii. Hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera ialah adik
beradik.
HIKAYAT MARAKARMA TINGKATAN 1
Sinopsis
Bab 1 Maharaja Keinderaan
Betara Angkasa Indera Dewa seorang raja yang gagah dan memiliki kerajaan yang besar. Setelah memohon kebenaran daripada Betara Guru, baginda pun turun ke dunia bersama isterinya.
Bab 2 Isteri Si Miskin Mengidam
Maharaja Indera memerintah Anta Beranta, sebuah kerajaan yang besar. Pada satu hari Angkasa Indera Dewa menghadap Maharaja Indera dalam keadaan tubuh yang compang-camping. Melihat keadaan Angkasa Indera Dewa itu (Si Miskin), orang ramai mengetawakannya dan melontar tubuhnya dengan kayu dan batu, sehinggakan tubuh baginda berdarah. Raja mengusir Si Miskin dari istana.
Disebabkan Si Miskin dalam keadaan lapar, dia mencari makanan dalam timbunan sampah. Bersama isterinya, mereka makan daun taruk kayu, ketupat, dan tebu yang besi. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Sebenarnya ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Betara Karma Jaya, yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan).
Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam memakan buah mempelam yang ada dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar, tetapi tidak diterima oleh isterinya. Jalan yang terakhir, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda mengizinkan diambil buah tersebut. Isteri Si Miskin berasa gembira kerana hajatnya telah dipenuhi. Selang tiga hari, isteri Si Miskin mengidam buah nangka yang terdapat dalam taman raja juga. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin.
Disebabkan Si Miskin dalam keadaan lapar, dia mencari makanan dalam timbunan sampah. Bersama isterinya, mereka makan daun taruk kayu, ketupat, dan tebu yang besi. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Sebenarnya ketupat dan tebu itu ialah anak kepada Betara Karma Jaya, yang telah dipuja dan dijatuhkan dari kayangan menjadi ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan).
Sebulan sebelum bersalin, isteri Si Miskin mengidam memakan buah mempelam yang ada dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin memperoleh buah tersebut di pasar, tetapi tidak diterima oleh isterinya. Jalan yang terakhir, Si Miskin pergi menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda mengizinkan diambil buah tersebut. Isteri Si Miskin berasa gembira kerana hajatnya telah dipenuhi. Selang tiga hari, isteri Si Miskin mengidam buah nangka yang terdapat dalam taman raja juga. Sekali lagi Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa. Baginda memperkenankan hajat Si Miskin.
Bab 3 Negeri Puspa Sari
Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki dan diberikan nama Marakarma. Si Miskin mendirikan pondok untuk kediaman mereka sekeluarga. Ketika mengali untuk membina pondok. Si Miskin telah menemui tempayan besar yang mengandungi emas. Pada hari yang lain, ketika dia sedang memangku anaknya, dia mengatakan sekiranya anaknya itu anak dewa, jadikanlah sebuah negeri di dalam hutan ini. Dengan takdir Allah, wujudlah sebuah negeri dan Si Miskin memberikan nama negeri itu Puspa Sari. Manakala namanya ditukar kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya diberikan nama Tuan Puteri Ratna Dewi. Beberapa tahun kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri dan diberikan nama Tuan Puteri Nila Kesuma.
Nilai
Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan menemui Maharaja Indera Dewa untuk memperoleh mempelam dan buah nangka.
Seterusnya tanggungjawab, contoh Si Miskin bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membina pondok untuk mereka sekeluarga tinggal.
Selain itu hemah tinggi, contohnya Si Miskin tunduk dan menyembah tanda hormat apabila menemui Maharaja Indera Dewa.
Pengajaran
Antara pengajaran ialah kita perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua, contoh yang ditunjukkan oleh Betara Angkasa Indera Dewa yang tidak mendengar nasihat Betara Guru bahawa hidup di dunia ini akan mengalami kesusahan, janganlah diikuti.
Selain itu kita hendaklah mengasihi isteri kita, contohnya Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan berusaha mendapatkan buah mempelam dan nangka.
Akhir sekali pemerintahan perlu bersikap adil terhadap rakyat, contohnya Maharaja Indera Angkasa memerintah Puspa Sari dengan adil menyebabkan rakyat menyayanginya dan negerinya makmur.
No comments:
Post a Comment