❤我的电子书 ❤

Thursday, June 19, 2014

TAJUK 1 - 10
1.    PERINDUSTRIAN

KEBAIKAN
·         Mengurangkan import
·         Meninggikan taraf hidup rakyat
·         Memajukan Negara
·         Menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat
·         Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan

KEBURUKAN
·         Meningkatkan penerokaan hutan
·         Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar
·         Menyebabkan peningkatan masalah sosial
·         Meninggalkan/membiarkan bidang pertanian

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
·         Memudahkan kerja atau tugas
·         Lebih praktikal dan sesuai
·         Kos pengeluaran lebih murah, jimat masa dan bahan
·         Tetapi menyebabkan pengangguran
·         Tetapi menyebabkan pengantungan kepada mesin atau robot


2.    INDUSTRI DESA

TUJUAN MEMAJUKAN
·         Meninggikan taraf hidup masyarakat desa
·         Boleh menjadi sumber rezeki terutamanya kepada sektor pelancongan
·         Mengajar masyaraka desa kemahiran hidup

SAMBUTAN TERHADAP HASIL DESA
·         Tidak baik kerana masyarakat memandang rendah mutu kerja rakyat tempatan.
·         Tidak baik kerana tiada usaha yang meluas untuk memperkenalkan hasil kerja mereka
·         Tidak baik kerana pasaran agak terhad, iaitu hanya dalam industri pelancongan domestik.
·         Baik kerana harga pasaran yang berpatutan dan kualiti yang baik.
·         Baik kerana banyak pusat Industri desa seperti kraf tangan telah ditubuhkan
·         Baik kerana kerajaan menggalakkan industri pelancongan.

AGENSI KERAJAAN
·         KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Karyaneka dll.

3.    ISU PEMBALAKAN

KESAN PEMBALAKAN
·         Hutan Negara semakin pupus terutamanya jenis yang berharga
·         Pencemaran alam semakin meluas
·         Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku
·         Kehidupan haiwan liar dan Orang Asli terjejas

USAHA-USAHA MENGEKALKAN HUTAN
·         Mewariskan kawasan hutan sebagai Taman Negara
·         Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang
·         Kempen kesedaran terutamanya di kalangan pelajar
·         Penggubalan undang-undang yang ketat

ISU PEMBALAKAN HARAM
·         Sukar dikesan kerana kawasan hutan negara yang luas, kekurangan anggota renjer  hutan untuk mengawasi.

4.    TEMPAT REKREASI

FUNGSI DAN PERANAN
·         Tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan masyarakat
·         Kawasan kanak-kanak bermain
·         Tempat megadakan majlis seperti perkahwinan, pesta dan keramaian lain
·         Menghilangkan penat setelah bekerja
·         Menghijaukan kawasan udara yang segar dan nyaman

SAMBUTAN MASYARAKAT
·         Mengecewakan kerana banyak tempat rekreasi dirosakkan (vandalisme)
·         Mengecewakan kerana kebersihan tidak dijaga dengan baik
·         Mengecewakan kerana hanya mengunjungi kawasan ini ketika cuti sahaja
PENYEDIAAN KEMUDAHAN DI TAMAN REKREASI
·         Perlu menggunakan bahan yang tidak mudah rosak, berkarat dan tidak berbahaya
·         Perlu diperbanyak kawasan khas seperti ini.


5.    PENSWASTAAN

MAKSUD
·      Menyerahkan sebahagian besar perkhidmatan kerajaan untuk rakyat kepada pihak swasta yang berkemampuan.

FAEDAH-FAEDAH
·         Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan kerajaan boleh digunakan untuk projek lain yang lebih penting
·         Tahap perkhidmatan dapat ditingkatkan kerana berorientasikan keuntungan.
·         Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna
·         Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tahap kemahiran pekerja semakin tinggi
·         Meningkatkan daya saing yang tinggi dalam negara
·         Imej negara turut meningkat kerana keupayaan perkhidmatan kepada rakyat bergerak secara cekap dan efektif.

PERKEMBANGAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA
·         Dimulakan dengan era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad (PM ke-4) dan antara kementerian dan jabatan kerajaan yang telah diswastakan ialah TELEKOM, TNB, POS MALAYSIA dan INDAH WATER.
·         Selain Malaysia, Britain merupakan negara yang turut giat menjalankan dasar penswastaan.

6.    INDUSTRI PERIKANAN

MASALAH
·         Hasil tangkapan yang kurang kerana teknologi penangkapan lama seperti kapal yang kecil, pukat dan tidak menggunakan teknologi untuk mengesan ikan (sonar)
·         Pendapatan rendah ekoran musim tengkujuh dan kewujudan peraih yang mengaut keuntungan besar.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
·         Agak terhad
·         Penggunaan teknologi mampu mengubah hasil nelayan
·         Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

SUMBANGAN INDUSTRI PERIKANAN
·         Membekalkan keperluan ikan aegara

AGENSI KERAJAAN
·         Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan

7.    AGENSI KERAJAAN

JENIS
·         Berkanun dan tidak berkanun

PERANAN
·         Membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat
·         Memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat seperti baja, benih dan kemahiran.
·         Memastikan semua program kerajaan berjalan lancar

KEBERKESANAN
·         Berjaya memajukan rakyat
·         Tetapi memerlukan tahap kerjasama rakyat yang tinggi dan kos yang tinggi.

ANTARA AGENSI KERAJAAN
·         KEMAS, MARDI, RRIM, KADA, PELADANG dll.

8.    KEMPEN

TUJUAN
·         Menyedarkan masyarakat mengenai sesuatu perkara
·         Memberitahu masyarakat tentang projek kerajaan dan sebagainya.
·         Meminta kerjasama masyarakat untuk menjayakan sesuatu program
·         Meningkatkan taraf kehidupan rakyat

KEBERKESANAN
·         Berkesan seperti acara-acara Sukan, dasar kerajaan (contoh: 1Malaysia) dan Pilihan raya.
·         Tidak berkesan seperti Kempen Kemalangan Jalan Raya, Kempen Kebersihan, Kempen Cintai Sungai Kita.


9.    INDUSTRI PELANCONGAN

USAHA DAN CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
·         Memberi diskaun insentif kepada industri pelancongan negara
·         Mengadakan hari melancong atau tahun melancong/tahun melawat
·         Memperbanyak kawasan/destinasi pelancongan negara
·         Meningkatkan industri kraftangan negara
·         Meningkatkan kadar kebersihan dan kecekapan sistem pengangkutan negara

KESAN INDUSTRI PELANCONGAN
·         POSITIF
Ø  Menggalakan pertumbuhan ekonomi negara
Ø  Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat
Ø  Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar

·         NEGATIF
Ø  Menularnya budaya tidak sihat daripada negara lain
Ø  Peningkatan harga barangan terutamanya di destinasi pelancongan yang boleh menjejaskan orang tempatan.


10.  PERUMAHAN

MASALAH PERUMAHAN KINI
·         Rumah kos rendah terlalu kecil bilangannya dan harganya agak mahal
·         Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan mengikut jadual
·         Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank dan pihak tertentu untuk membeli rumah
·         Mutu rumah yang masih dipertikaikan.

USAHA-USAHA MENGATASI MASALAH
·         Kerajaan perlu mengenakan tidakan tegas kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek mereka
·         Pembinaan rumah kos rendah perlu diperbanyak dan diberi insentif

AGENSI TERBABIT
·         Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

No comments:

Post a Comment