❤我的电子书 ❤

Tuesday, July 8, 2014

Karangan (punca/faktor/sebab-masalah remaja)

Karangan (punca/faktor/sebab-masalah remaja)
Pendahuluan:
Ø  Sejak kebelakangan ini, ______________________semakin berleluasa dan menjadi-jadi.

Ø  Masalah ini membimbangkan dan merimaskan pelbagai pihak.

Ø  Apakah faktor-faktor yang menyebabkan gejala tersebut berlaku?

Isi 1: Pengaruh rakan sebaya:

Ø  Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama yang menyebabkan __________________________.

Ø  Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan remaja selain ibu bapa mereka.

Ø  Remaja mudah dan gemar terikut-ikut perbuatan rakan sebaya yang jahat.

Ø  Mereka tidak mempunyai fikiran yang matang dan tidak dapat berfikir secara rasional.

Ø  Dengan ini,  remaja mudah dicabar oleh rakan sehingga bercermin di air keruh.

Isi 2: Ibu bapa:

Ø  Selain itu, ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki dan mengejar kemewahan juga menyumbang kepada _______________________________.

Ø  Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk menemani dan mengawasi tingkah laku anak emas mereka.

Ø  Hal ini menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.

Ø  Anak mereka bebas melakukan apa-apa yang diingini untuk mendapat perhatian daripada orang lain.

Ø  Dengan ini, remaja mudah terjerumus ke dalam lembah kehinaan.

Isi 2: Ibu bapa:

Ø  Selain itu, sesetengah ibu bapa juga tidak memberikan teladan yang baik kepada anak mereka.

Ø  Anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi pencoraknya.

Ø  Lazimnya, anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Ø  Adakah anak akan menerima nasihat ibu bapa supaya tidak ___________________________ jika ibu bapa mereka bersikap bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul?

Isi 3: Sekolah:

Ø  Di samping itu, sesetengah pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang serius dan tegas juga memburukkan masalah ini.

Ø  Contohnya, pihak sekolah tidak memperketat peraturan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pelajar yang _____________________________.

Ø  Pihak sekolah gagal mengambil tindakan yang sewajarnya seperti melepaskan batuk di tangga.

Ø  Dengan ini, pelajar tidak akan menyedari kesalahan diri dan terus terlibat dalam gejala ini.

Isi 4: Media massa:

Ø  Media massa  juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ______________________________________________________.

Ø  Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar dalam era pemodenan ini.

Ø  Contohnya, media massa banyak memaparkan filem dan rancangan yang berunsur negatif seperti jenayah, seks dan keganasan.

Ø  Filem-filem tersebut akan mempengaruhi dan menjejaskan fikiran remaja.

Ø  Remaja suka terikut-ikut atau meniru perbuatan watak dalam filem.

Ø  Lebih-lebih lagi, golongan remaja suka memberontak dalam peringkat umur ini.
Ø  Dengan itu, remaja mudah terjerumus ke dalam kancah _____________________.

Penutup:

Ø  Kesimpulannya, ______________________________________tidak patut dipandang ringan.

Ø  Golongan pemuda dan pemudi ialah harapan dan bakal pemimpin negara.

Ø  Oleh itu, remaja dinasihati supaya tidak terlibat dalam gejala yang negatif ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

文章摘自: http://cikgulye.blogspot.com/2013/01/karangan-punca-faktor-sebab-masalah.html?m=1

No comments:

Post a Comment