❤我的电子书 ❤

Wednesday, July 9, 2014

Peranan ibu bapa dalam melahirkan modal insan yang cemerlang

  Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan individu yang paling penting 最重要的人dalam sebuah institusi keluarga. Ibu bapa bukan sahaja perlu menanggung tanggungjawab menyara kehidupan keluarga, malahan juga harus mendidik dan mengasuh anak supaya menjadi orang yang berguna. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi pencoraknya孩子就好比一块白布,父母成为他的绘画者. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan sempurna dari segi jasmani身体, rohani精神, emosi, mental心智 dan intelek智力.

                Seperti yang kita sedia maklum, didikan yang paling awal diterima oleh seseorang anak bermula dari rumah. Sejak kecil lagi, ibu bapa harus membimbing dan mendidik anak supaya dapat membezakan perkara yang berfaedah dan yang tidak boleh dilakukan. Apabila anak melakukan kesalahan, ibu bapa perlu mendenda anak supaya mereka dapat sedar dan insaf akan kesalahan sendiri. Sekiranya ibu bapa tidak membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak, anak akan menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah betul. Lama-kelamaan, perbutan buruk itu menjadi tabiat anak kerana alah biasa tegal biasa孰能生巧.  Jadi, memang jelaslah bahawa didikan ibu bapa sejak kecil lagi diperlukan bagi mewujudkan modal insan yang berdisiplin dan berguna. Janganlah kita lupa bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya教育从小开始”

                Di samping itu, ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak dari semasa ke semasa. Setiap agama mengajar penganutnya melakukan perkara yang bermoral serta menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Amalan yang tidak bermanfaat dilarang sama sekali oleh semua agama. Antaranya ialah berzina通奸, membunuh, merompak, berjudi dan sebagainya. Dengan adanya ajaran agama yang teguh, seseorang itu tidak akan terjebak ke lembah kehinaan自甘堕落. Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa mereka akan menerima tulah灾难 dan dikenakan hukuman oleh Tuhan jika mereka melanggar didikan dan ajaran agama. Tambahan pula, orang yang menerima didikan agama sejak kecil lagi mempunyai pemikiran yang lebih matang dan rasional. Mereka tidak mudah terpengaruh oleh budaya dan rakan sebaya yang tidak baik. Hal ini disebabkan segala ajaran agama telah serasi调和dengan jiwa 心灵mereka. Melalui cara ini, insan yang sempurna dari segi rohani dapat dilahirkan.

                Sebagai saudara terdekat dengan anak-anak身为孩子的至情, ibu bapa memikul tanggungjawab untuk membekalkan kasih sayang yang mencukupi kepada anak. Ibu bapa sepatutnya mencurahkan kasih sayang dan memberikan keprihatinan kepada anak di samping sibuk mencari nafkah谋生. Mereka tidak harus mementingkan kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya semata-mata sehingga mengabaikan anak. Mereka tidak boleh berpendapat bahawa sudah cukup untuk menyediakan keperluan makanan dan minuman serta wang ringgit sahaja. Ibu bapa mestilah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak. Apabila anak menghadapi masalah, ibu bapa harus membantu dan membimbing anak untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui cara yang betul. Anak tidak akan berasa diabaikan dan dilupakan oleh ibu bapa. Sebaliknya, mereka akan berasa mereka disayangi dan diambil berat oleh keluarga memandangkan ibu bapa sanggup mendampingi mereka dan mendengar masalah yang dihadapi.

                Selain memberikan keprihatinan kepada anak, ibu bapa memainkan peranan dalam mewujudkan sebuah keluarga yang sempurna dan harmoni supaya anak dapat membesar dalam keadaan yang bahagia. Ibu bapa seharusnya berusaha membentuk keluarga yang damai和睦 dan aman 安宁seperti syurga好像天堂. Anak  yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina diri mereka. Mereka lebih tenang dan lebih senang menerima pelajaran bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Keluarga bahagia menjadi tulang belakang 力量的来源mereka. Jadi, kepincangan institusi keluarga家庭缺陷akibat krisis rumah tangga家庭危机 perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan konflik dalam jiwa anak. Perbalahan口角 antara ibu bapa, ibu bapa yang bercerai serta terpaksa hidup dengan ibu atau bapa sahaja menyebabkan keluarga tidak bahagia diwujudkan. Bagi anak, keluarga seperti itu merupakan neraka地狱. Anak tidak dapat memperoleh ketenangan emosi dari keluarga tersebut. Secara tidak langsung, modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan.

                Tidak dapat diabaikan bahawa ibu bapa yang menjadi model  kepada anak perlu menjaga perlakuan dan sahsiah sendiri. Anak yang belum mempunyai minda yang matang berfikiran bahawa segala perbuatan ibu bapa adalah betul dan boleh ditiru. Mereka mengikut-ikut apa shaja yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai teladan dan contoh kepada anak, ibu bapa harus menunjukkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian dan tidak melanggar undang-undang. Janganlah kita lupa “ bagaimana acuan, begitulah kuihnya有其父,必有其子” dan “bapa borek, anak rintik有其父,必有其子”. Bagaimanakah ibu bapa boleh melarang anak merokok sedangkan mereka sendiri yang menghisap rokok setiap hari? Adakah anak akan menerima nasihat ibu bapa untuk mengamalkan amalan membaca dengan rela hati memandangkan ibu bapa sendiri tidak membuat demikian? Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka selalu menunjukkan tingkah laku yang terbaik supaya menjadi contoh yang terbaik untuk anak.

                Golongan belia年轻人ialah harapan dan bakal pemimpin negara国家将来的领导人. Ibu bapa perlu menanggung tugas untuk melahirkan insan yang sempurna, berketrampilan敏捷 dan berakhlak mulia. Dengan adanya insan yang berilmu, berdisiplin dan cemerlang, negara kita akan sentiasa maju dan makmur. Ibu bapa tidak harus alpa忽略 dan lalai dengan tanggungjawab sendiri. Pikullah tugas tersebut bagi mewujudkan generasi yang cemerlang.

作文摘自 :http://cikgulye.blogspot.com/2013/01/peranan-ibu-bapa-dalam-melahirkan-modal.html?m=1

No comments:

Post a Comment